Memakan sayur-sayuran dapat memberikan khasiat dan menyihatkan tubuh badan kita. Banyak kajian yang telah dilakukan dan terbukti sayur-sayuran adalah antara komponen penting yang diperlukan dalam diet sehari-harian manusia.
Namun, fenomena aneh telah berlaku kepada seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang disahkan mengalami alahan atau alergi terhadap sayur-sayuran dan menjadi yang pertama dalam sejarah peradaban manusia di seluruh dunia yang mengalami gejala itu.
Menurut sumber dari Daily Mail, lelaki berusia 36 tahun itu mengalami kesakitan yang serius setiap kali makan sayur. Selain itu, badannya juga akan dinaiki ruam merah dan gatal-gatal jika memakan sayur tomato dan terung.
Gejala alahan yang dihadapi beliau sebaik sahaja memakan sayuran menjadi lebih teruk dalam jangka masa lima jam selepas makan. Lebih menyedihkan, gejala itu akan berlarutan sehingga tiga ke enam minggu kemudian.
.
Menurut doktor yang merawat beliau, lelaki itu turut mengalami alahan setiap kali makan hidangan lain seperti pizza, makanan laut, keju, dan beberapa jenis daging. Gejala ini akan bermula dengan rasa loya dan keletihan yang melampau, demam, kurang selera makan dan muntah. Kemudian, kulitnya akan mula dinaiki ruam merah terutamanya pada bahagian leher, dada, lengan dan peha.
Baca: Sayur Kangkung Diharamkan & Dianggap Tumbuhan Berbahaya Di Amerika Syarikat