Bagi peminat kdrama dan pelakon Ji Chang Wook, korang mesti sedang menantikan berita ni kan??
Menurut Koreaboo, pelakon tampan ini bakal membuat comeback pertamanya selepas tamat latihan ketenteraan dengan membintangi sebuah drama baru tidak lama lagi.
City Of Star ‘comeback’ Ji Chang Wook
Chang Wook bakal melakonkan watak Yoo Dong Ha dalam drama terbaru bertajuk City Of Stars yang merupakan seorang mekanik bagi kapal terbang ringan.
Wataknya agak menarik jugalah kerana Dong Ha ni katanya terpaksa membuang impiannya menjadi pilot jauh-jauh kerana menghidapi penyakit clastrophobia akibat kemalangan yang dialaminya semasa bertugas sebagai Tentera Udara. Wow!
Menariknya drama City Of Stars ini ialah ia mengisahkan impian remaja muda di Korea yang ingin ke angkasa menaiki kapal terbang pertama Korea pada zaman tersebut. Menurut sumber, drama ini akan ditayang dalam tahun 2019 ni jugak.
Bakal tamat latihan 27 April ini
Dalam pada itu, Glorious Entertainment, agency yang menguruskan Ji Chang Wook mengeluarkan respond berhubung hal ini dengan mengatakan,
“Kami telah menerima tawaran buat Ji Chang Wook untuk berlakon dalam drama ‘City Of Stars’. Kami buat masa ini sedang mempertimbangkan tawaran tersebut.”
Sebelum ini, Ji Chang Wook yang terlibat dalam latihan ketenteraan Korea dijangka akan tamat latihannya pada 27 April 2019. Drama City Of Stars ini telah dirancang pembikinannya semenjak tahun 2016 lagi dengan beberapa nama seperti Jang Dong Gun dan Hyun Bin disenaraikan untuk watak utama.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya menolak tawaran tersebut dan drama ini telah tertangguh semenjak dari itu.
Mungkin ni rezeki oppa Ji Chang Wook? Sama-samalah kita nantikan!