in

Pelakon Korea Park Bo Gum Buat Peminat Malaysia ‘Cair’ Bila Dia Nyanyi Lagu Belaian Jiwa Dengan Fasih

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Park Bo Gum adalah nama yang tak asing lagi untuk peminat K-Drama. Jadi, bila dia buat tour bertemu peminat pada Sabtu lepas di Kuala Lumpur, Bo Gum telah berjaya buat peminat bertambah cair dengannya.



Bercakap dengan NST sebelum persembahannya, Bo Gum dah pun bagi hint yang dia akan buat kejutan untuk peminatnya di Malaysia.

D26Ehsiuyaevewl
Sumber: @bogummy

“Malaysia adalah negara pertama untuk Asia Tour saya. Mungkin ini sebabnya saya rasa dekat dengan negara ini.

“Kali ini, saya ada sediakan satu kejutan yang sangat istimewa dan lebih interaktif untuk peminat saya.”

“Tapi, saya takut saya sorang je yang akan rasa seronok nanti.”

Namun, sangkaan Bo Gum meleset. Surprise yang dijanjikannya ini berjaya menawan hati bukan saja peminatnya, malah orang yang tak pernah minat pun kagum dengan persembahannya.

Pada sesi beramah mesra bersama peminat, Park Bo Gum telah menyanyikan satu lagu popular era 70-an yang dinyanyikan oleh Carefree dan pernah dipopularkan oleh Innuendo, Belaian Jiwa. Sebutan pun fasih yalls! Cuba korang tengok video ni.

Rata-rata peminat Bo Gum ni memang terkejut sebab dorang tak tahu pun yang dia boleh nyanyi. Dah lah boleh nyanyi, nyanyi lagu melayu pulak tu.

Screenshot 2019 04 01 At 12.41.27 PmScreenshot 2019 04 01 At 12.41.50 Pm

Memang powerlah siap main piano lagi. Admin memang salute artis luar yang buat effort macam ni. Kalau macam ni, admin nak startlah tengok drama-drama lakonan Park Bo Gum ni.

 

Baca: “Ingat minah Korea mana tadi”- Pelajar Malaysia pukau Kpop-ers di Korea

Screenshot 2019 04 01 At 12.45.00 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.