in

“Comeback yang epik!” – Malaysia Ke Final Regu Berpasukan, Selangkah Hampiri Sejarah 36 Tahun Sepak Takraw

Sepak Takraw Sukan Asia Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penantian 36 tahun Malaysia untuk kembali merangkul pingat emas acara regu berpasukan sepak takraw Sukan Asia kini semakin hampir.

Sebentar tadi, skuad negara berjaya menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi separuh akhir hari ini, sekali gus menempah tiket ke pentas final.


Namun kemenangan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah apabila skuad kendalian Ahmad Jais Baharun terlebih dahulu dikejutkan dengan kekalahan pada regu pertama.

Malaysia terlebih dahulu ketinggalan 0-1 selepas regu pertama yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Afifudin Razali tewas kepada Indonesia dalam pertarungan tiga set, 15-10, 13-15, 13-15.

Artikel berkaitan: Akhirnya Emas! Malaysia Tewaskan Tuan Rumah, Tamatkan Kemarau 34 Tahun Sepak Takraw

Artikel berkaitan: Netizen Terhibur Tengok Pemain Malaysia Hampir Terlanggar Petugas Sukan Asia Ketika Lawan Thailand

Bangkit selepas tewas set pertama

Harapan kembali menyala apabila regu kedua yang menampilkan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias berjaya mengikat kedudukan 1-1.

Kemudian, trio Muhammad Zarif Marican Ibrahim, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Hafizul Hayazi Adnan menjadi penyelamat Malaysia selepas bangkit daripada kekalahan set pertama.

@satey95

Yang tengok Pon berdebar apatah lagi mereka yang di dalam gelanggang. #asiangames2026 #sepaktakraw #sepaktakrawmalaysia #bola12lubang #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – mentallugilos😁 – mentallugilos😁

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia kini hanya selangkah lagi untuk menamatkan kemarau emas sejak Sukan Asia Beijing 1990.

Malaysia akan berdepan musuh tradisi, Thailand, dalam aksi final esok selepas Thailand menewaskan Jepun 2-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.