Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman Dilantik PAT Baharu Berkuat Kuasa Esok – Menteri Pertahanan

Jadikan sumber pilihan di Google
Panglima Angkatan Tentera

Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu berkuat kuasa esok, sekali gus dinaikkan pangkat ke Jeneral bagi mengetuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pelantikan itu dibuat selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari lalu dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.


Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi satu kenyataan hari ini.

Screenshot 2026 01 31 At 10.36.16 Am

Menurutnya, pengalaman luas serta latar belakang kepimpinan Malek Razak diyakini mampu memperkukuh hala tuju dan keupayaan ATM dalam mendepani cabaran keselamatan semasa, di samping memulihkan serta mengukuhkan wibawa institusi pertahanan negara berteraskan integriti dan profesionalisme.

Malek Razak, 59, memiliki kelulusan akademik dalam bidang strategik dan pertahanan, termasuk Diploma Strategik dan Keselamatan serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain itu, beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Pertahanan dari King’s College London.

Beliau memulakan kerjaya ketenteraan pada 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst, United Kingdom sebelum ditauliahkan pada 11 Disember 1987.

Artikel berkaitan: Tular Wujud Aktiviti Tak Bermoral Dalam Kem ATM, Kementerian Pertahanan Arah Siasatan Dilakukan

Artikel berkaitan: Johnny Lim Lakar Sejarah Dalam ATM, Jadi Leftenan Jeneral Berbangsa Cina Pertama

Panglima Angkatan Tentera

Sepanjang hampir empat dekad perkhidmatan, beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai unit dan memegang jawatan penting di peringkat pemerintah serta staf, bermula sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Jawatan terakhir disandang beliau sebelum pelantikan ini ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat.

Sebelum ini, jawatan Panglima Angkatan Tentera dipangku oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain, susulan persaraan wajib Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Mohd Nizam kini berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkaitan salah guna kuasa dan pecah amanah melibatkan jumlah jutaan ringgit, namun beliau telah mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman Dilantik PAT Baharu Berkuat Kuasa Esok – Menteri Pertahanan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/panglima-angkatan-tentera-baharu-akan-diumumkan-esok-menteri-pertahanan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen