Beberapa hari lepas, viral di media sosial memaparkan rakaman CCTV seorang lelaki umur dalam lingkungan 50-an meraba wanita di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan.
Dalam kejadian yang berlaku pada 25 Mac lepas, mangsa yang merupakan seorang gadis berumur 19 tahun sedang berjalan seorang diri kira-kira jam 9.40 pagi.
Disebabkan penularan video tersebut, pelaku telah diburu polis dan pelaku Amran Abdullah, 52 telah ditahan, dia mengaku bersalah ketika dibicara di Mahkamah Majistret Kota Bharu sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun.
Jumpa tiba-tiba ajak kahwin
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, Amran yang bekerja sebagai buruh itu sedang menunggang motosikal di lokasi kejadian dan menghampiri mangsa yang sedang berjalan berseorangan sebelum bertanya soalan rawak iaitu mahu berkahwin dengannya atau tidak.
Mangsa menolak pelawaan itu dan beredar kerana ada sebuah kereta secara kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum menyekat wanita tersebut dan menyentuh punggung mangsa dan terus beredar, mangsa telah membuat laporan polis.
Boleh lihat video dibawah.
https://www.facebook.com/223545897823128/videos/587149842251979
Amran membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli sejurus jurubahasa selesai membaca semua pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan dengan menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.
Akibat kesalahan itu, didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau salah satu daripada kedua-dua hukuman itu, lapor Sinar Harian.
Dah ditahan, pernah ada 4 kes sama sebelum ini
Mengikut pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, beliau telah meminta agar mahkamah menetapkan hukuman yang setimpal kerana tertuduh mempunyai empat rekod lampau bersabit kes yang sama sebelum ini.
“Tertuduh telah melakukan kesalahan berat kerana telah mencabul kehormatan mangsa. Justeru, hukuman yang setimpal dikenakan juga mengambil kira aspek kepentingan awam,” katanya.
Namun begitu, wakil tertuduh, Siti Atikah Abd Halim Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) membuat rayuan, memohon agar tertuduh diberikan hukuman minimum kerana tertuduh merupakan satu-satunya isi rumah yang menanggung kedua ibu bapa yang sudah uzur.
“Tertuduh telah menerima hukuman dan kecaman daripada masyarakat kerana kes ini sudah tular di media sosial. Ia sedikit sebanyak telah memberi pengajaran kepada tertuduh,” katanya.
Disebabkan itu, mahkamah mendengar rayuannya dan menetapkan hukuman penjara selama setahun.
Baca : “Dia raba saya” – Wanita Dakwa Dicabul Adun Permatang Pasir Masa Dalam Kereta ‘OTW’ Pergi Makan