in

“Dia raba saya” – Wanita Dakwa Dicabul Adun Permatang Pasir Masa Dalam Kereta ‘OTW’ Pergi Makan

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru semalam kecoh bila seorang ahli politik didakwa mencabul isteri rakan baiknya. Hari ini, seorang wanita telah menuduh seorang Adun Pulau Pinang yang dikatakan telah mencabulnya ketika ahli politik tersebut membawanya keluar makan malam di sebuah pusat membeli belah di Bandar Sunway.


Memetik laporan dari FMT, wanita berusia 30-an yang juga ahli dari parti yang sama mengatakan “Yang Berhormat” didakwa melakukan perkara yang membuatkan dia rasa kurang senang pada 8 Mac lepas.

Cabul Kereta

Menurut wanita tersebut, pada awalnya dia keluar dengan YB tersebut untuk bercakap tentang isu politik parti mereka namun ketika dalam perjalanan, Adun tersebut mula memeluk dan merabanya.

Saya hormatkan dia sehinggalah bila dia bawa saya keluar makan malam dan ketika dalam perjalanan, dia mula peluk dan raba saya walaupun tahu saya tak senang dengan situasi itu”

Tak cukup dengan itu, wanita tersebut turut mengatakan Adun tersebut sengaja menggunakan jalan jauh untuk ke destinasi dan mengingatkan saya untuk tak beritahu sesiapa.

Ketua Polis Subang Jaya, Khalid Othman mengesahkan laporan itu dan berkata kes tersebut telah pun dikelaskan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Sementara itu, Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil dari parti Amanah menafikan dakwaan ini dan telah pun memberikan kenyataan kepada polis pada 18 Mac lepas, lapor FMT.

Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan. Saya juga sedang berbincang dengan pasukan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.”

 

Baca: “Terjaga masa dicium dan diraba” – Wanita Dakwa Dicabul Ahli Politik Pangkat ‘Datuk’, Rupanya Kes Tak Puas Hati?

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.