in

“Jumlah keseluruhan RM114 juta”

Page Amar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan sudah tiba untuk mengetahui jumlah sebenar wang tunai yang dirampas dari kediaman individu-individu yang ada kaitan dengan bekas PM Datuk Seri Najib Razak.


Menurut Malaysiakini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh mengesahkan jumlah keseluruhan wang tunai ialah sebanyak RM114 juta.

Amar
sumber: malaysiakini

Seramai 22 orang pegawai yang dikerah untuk mengira keseluruhan jumlah yang mengambil masa tiga hari. Wang tersebut dijumpai di dalam 35 beg bagasi membabitkan pelbagai mata wang asing dan ringgit.

“Kita rampas 72 beg dan 35 daripadanya mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang.” 

Menurut mStar, 37 beg lain yang mengandungi barang kemas serta jam masih belum dapat dipastikan nilainya kerana perlu menunggu pakar untuk mengesahkan.

“Jumlah akan dimaklumkan kemudian selepas penilaian dilakukan pakar pada Isnin depan.”

Capture 7
sumber: mstar

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, beliau menafikan semua gambar beg tangan, jam tangan dan wang tunai yang tular di media sosial itu benar.

“Kesemua gambar itu palsu dan tidak benar. Tiada gambar diambil menggunakan telefon bimbit semasa pemeriksaan kita. Gambar hanya diambil jurugambar bertauliah D6 Bukit Aman menggunakan kamera PDRM.”

Difahamkan, semalam, UMNO mendakwa wang tunai yang dirampas adalah baki dana kempen PRU14 yang sedang dalam proses untuk dipindahkan kepada kepimpinan baru selepas perletakan jawatan Najib.

Banyaknya duit yang disimpan dekat rumah tu.

Baca: Zahid Nak Polis Kembalikan Wang UMNO

Page Zahid 2 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.