in

Zahid Nak Polis Kembalikan Wang UMNO

Page Zahid 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wang tunai yang dirampas dalam beberapa serbuan termasuk di kediaman peribadi bekas PM Datuk Seri Najib Razak didakwa merupakan wang sumbangan untuk kegunaan kempen pilihan raya.


Menurut Harian Metro, UMNO meminta Polis memulangkan semula baki sumbangan kempen dana PRU14 yang dirampas tempoh hari.

Free Malaysia Today melaporkan, Unit Komunikasi Strategi UMNO berkata parti berkenaan kecewa dengan tindakan polis merampas baki sumbangan ketika dalam proses pemindahan kepada kepimpinan baru iaitu selepas perletakan jawatan Najib sebagai presiden UMNO dan BN.

Img Umno
sumber: blog

Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dana itu amat penting dan diperlukan dalam proses UMNO membina semula parti.

“Pembiayaan politik dibenarkan di bawah undang-undang kita. Oleh itu, UMNO berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana serta mengembalikannya kepada parti selepas selesai proses dan penyelidikan oleh pihak berkuasa yang relevan.”

Zahid Hamidi 2015
sumber: borneo post

Tambah beliau lagi, secara umum, Presiden UMNO mempunyai tanggungjawab dalam mendapatkan sumber dan menguruskan dana parti termasuk dana bagi PRU seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Hal ini tidak berbeza dengan mantan Presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Razak yang mendapatkan sumbangan kempen sebelum PRU-14 dan menguruskan dana parti kita.”

Beliau juga membandingkan situasi tersebut turut sama berlaku dengan mantan Presiden Tun M sebelum ini.

“Semasa mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden, beliau juga menyerahkan RM1.2 billion kepada parti dan 3 juta ahli.”

Nampaknya, ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam parti tersebut. Apa-apa pun, UMNO perlulah tunggu sehingga selesai siasatan sebelum polis dapat menyerahkan semula duit tersebut kepada mereka.

Kenapa tak simpan dekat bank eh?

Baca: Pernyiasat 1MDN Ditawar RM3 Juta Hentikan Siasatan

Hu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.