in

“Jual jelah, tapi jangan kaitkan dengan kesihatan” – Netizen Dedah Produk Terbaru Susu Pisang Neelofa ‘Overclaim’

Feature Image Lopa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sapa je tak kenal dengan selebriti dan juga usahawan yang cukup terkenal iaitu Neelofa. Sebelum ni, jualan tudungnya Naelofar hijab boleh dikatakan laku keras sampai hampir semua orang inginkan koleksi tudungnya itu.


Baru-baru ini, dia ada mengeluarkan produk terbaharu iaitu produk yang berupa minuman. Produk tersebut dikenali sebagai Nilofa susu pisang.

Susu Lopa 3
Sumber: twitter

Produk tersebut boleh dikatakan sangat laris apabila Neelofa terpaksa meningkatkan pengeluaran produk tersebut sehingga 5 kali ganda.

Astero
Sumber: astro gempak

Namun begitu, produk terbaharu selebriti tersebut menerima kritikan daripada netizen yang mengatakan Nilofa susu pisang terlebih claim. Eh biar betul?

False advertising panggil banana milk is one thing, tipu pasal khasiat is another. Mana datangnya potassium & fibre tu kalau pisang pun takde?”

Menurut individu yang dikenali sebagai @arxxxxmand, produk tersebut dikatakan mengiklankan maklumat yang salah. Selain itu khasiat yang dinyatakan juga tidak benar kerana produk tu dikatakan langsung tiada pisang. Eh yeke?

Susu Lopa
Sumber: twitter

Selain itu, ada juga netizen yang mengatakan bahawa kandungan gula dalam Nilofa susu pisang ini lebih tinggi daripada minuman coke.

https://twitter.com/nrlsabrinaaa/status/1199996539021611008?s=20

Ada juga netizen yang mempertikaikan mengenai kelebihan Nilofa susu pisang tersebut yang dikatakan mampu mengurangkan obesiti dan mengawal selia pengeluaran insulin & pergerakkan oksigen.

Kawal Insulin
Sumber: twitter

Tapi macam mana sekalipun admin rasa kita kena tunggu respon daripada team Nilofa Susu Pisang mengenai perkara ini. Lagipun admin sendiri belum try lagi rasa susu tu macam mana. Kalau sedap tak salah pun kalau korang nak mencuba.

 

Baca: “Dia pernah cuti bersalin ke tak?” – Tak Setuju Cuti Bersalin 90 Hari, Netizen Lancar Kempen Boikot Usahawan Terkenal

Ia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.