in

“Dia pernah cuti bersalin ke tak?” – Tak Setuju Cuti Bersalin 90 Hari, Netizen Lancar Kempen Boikot Usahawan Terkenal

Untitled Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam Belanjawan 2020 yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam — kerajaan telah bersetuju meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari, yang akan berkuatkuasa bermula 2021.


Ia merupakan satu khabar gembira yang disambut dengan respon positif daripada golongan hawa, terutama kaum ibu — yang amat memerlukan cuti rehat tersebut bagi memberi tumpuan terhadap anak yang baru dilahirkan, selain mengambil peluang tersebut untuk pulih sepenuhnya daripada sakit bersalin.

Maternity 1

Biarpun begitu, ada juga segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana tempoh cuti yang terlalu panjang itu dikatakan akan menjejaskan produktiviti syarikat.

 

“Cuti tiga bulan adalah terlalu lama…”

Antara yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan dasar pemberian cuti bersalin itu adalah seorang usahawan terkenal Christy Ng, yang beranggapan perkara tersebut mungkin akan merugikan pekerja dari segi perjawatan.

Kenyataan itu dikeluarkan sewaktu beliau hadir sebagai tetamu program khas Belanjawan 2020, di Astro Awani semalam.

Christy

Memetik laporan dari portal berkenaan, Christy turut beranggapan tempoh berkenaan terlalu panjang — sekali gus ia akan menyebabkan masalah kepada majikan untuk meletakkan pekerja berkenaan di kedudukan tinggi.

 

“Shall we start #boycottChristyNg?”

Kenyataan usahawan itu nyata mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya mempersoalkan pendiriannya sebagai seorang wanita.

Reax Ng 2

Reax Ng 3

Malah, netizen yang tidak sebulu dengan wanita ini berpendapat — cuti bersalin tidak akan menjejaskan produktiviti seseorang kerana tempoh itu amat diperlukan untuk pulih semula dari keletihan mental dan fizikal selepas bersalin.

Malah mereka berkata, wanita akan kembali bekerja dengan prestasi lebih efektif dan produktif selepas bercuti lama.

Kedudukan wanita sebagai individu yang melahirkan masa hadapan juga perlu diberi penekanan sewajarnya, agar mereka tidak dipandang sebagai subjek keperluan sumber tenaga sesebuah organisasi semata-mata.

Ini diakui dalam beberapa buah kajian yang dilakukan di luar negara, seperti laporan ini misalnya.

Reax Ng 6

 

Reax Ng 5

Reax Ng 1

Kemarahan netizen juga turut membawa kepada munculnya satu hashtag baru di laman sosial, untuk memboikot produk keluarannya.

Reax Ng 7

Reax Ng 8

Malah, kenyataan Christy turut mendapat perhatian daripada Penganalisis Ekonomi Bebas, Dr. Madeleine Berma — yang berpendapat sebaliknya.

Klik sini untuk menonton rakaman temubual tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kalau kita nak kecam Christy 100% pun rasanya tak adil, kerana mungkin Christy hanya bercakap dari sudut perspektifnya sebagai seorang business owner — sebab ada juga yang sependapat dengan pandangannya.

Ng1

Ng2

Apa pun, terpulang kepada setiap individu untuk menilai dan mempertimbangkan pandangan mereka.

Isu ini jelas memerlukan penilaian menyeluruh dengan mengambil kira pandangan semua pihak, agar objektifnya dapat terlaksana dan manfaatnya dapat dinikmati semua golongan masyarakat di negara ini.

 

Baca: Bos Tak Luluskan 90 Hari Cuti Bersalin? Anda Kini Boleh Saman Mereka!

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.