in

JPJ Tawar Pengurangan Saman 70% Bermula Hari Ini!

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menawarkan diskaun sebanyak 70% kepada semua saman yang dikeluarkan termasuk yang telah disenarai hitam bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-64.


Menerusi Facebook rasmi JPJ, diskaun ini dibuat bagi mengurangkan saman serta beban orang ramai dikala negara sedang menghadapi krisis ekonomi ini.

Tambah mereka lagi, pengurangan saman ini juga akan berlangsung dari hari ini (18 Ogos) sehingga 16 September nanti.

Pengurangan kompaun akan diberikan kepada semua notis sama yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.”

Saman 2 768X858 1

Pun begitu, pengurangan pembayaran saman ini tak termasuk kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Manakala bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, individu tersebut perlu hadir ke pejabat JPJ bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dibuat.

Paling penting, kalau korang nak dapat diskaun ni, korang kenalah bayar masa tempoh pengurangan ini ditawarkan. Kalau 17 September baru nak bayar, tak pek nak nolong…

Jom bayar saman!

 

Baca: “Siapa kena saman sebab ekzos tu?” – Sempena ‘Anniversary’ Ke-75, JPJ Bagi Potongan Saman 70%!

Screenshot 2021 08 18 At 2.01.13 Pm

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.