in

“Siapa kena saman sebab ekzos tu?” – Sempena ‘Anniversary’ Ke-75, JPJ Bagi Potongan Saman 70%!

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa haritu kena saman sebab ekzos bising?


JPJ sekarang tengah tawarkan diskaun sebanyak 70% untuk semua saman termasuk kes yang dah disenarai hitamkan bermula hari ini. Fuyooo

Kalau korang nak tahu, tawaran ini akan dibuat bermula 13 April sampai 11 Jun sempena menyambut hari ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalanraya yang ke-75, kata Menteri Pengangkutan Datuk Dr. Seri Wee Ka Siong.

Menurut Datuk Dr. Seri Wee Ka Siong, sekarang ini terdapat sebanyak 3.5 juta saman yang masih lagi aktif sejak tahun 2010 sehingga Mac tahun ini.

12042021Saman2 696X392 1

Memetik laporan dari BERNAMA, kalau korang nak semak saman korang semasa tempoh diskaun ni, korang boleh pergi ke laman web MyEG dekat sini. Semua pembayaran saman pula boleh dibuat di pejabat JPJ atau melalui portal rasmi.

Saya menyeru orang ramai untuk membayar saman secara online bagi mengelakkan kesesakan di pejabat.”

Katanya lagi, Bahagian Pengangkutan Jalan juga turut melancarkan nombor plat istimewa ‘FD’ untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya yang boleh dibida melalui JPJeBid mulai semalam.

Bidaan nombor pendaftaran kenderaan ini akan ditutup pada jam 10 malam 16 April nanti dan keputusan akan diumum keesokan harinya (17 April).

 

Baca: Tayang Skill Tunggang Motosikal RX-Z di Jalan Raya, Kakak Kebaya Merah Kena Saman Dengan JPJ

Screenshot 2021 04 13 At 3.23.59 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.