in

Johor Kekal ‘Food Basket of Malaysia’ Negara, RM32 Juta Diluluskan Untuk 27 Projek Agromakanan

Kpkm Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Johor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju sektor agromakanan negara apabila menerima peruntukan RM32.12 juta di bawah Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) bagi pelaksanaan 27 projek pembangunan sektor itu tahun depan.

Perkara itu dibincangkan dalam sesi kunjungan hormat antara YB Datuk Chan Foong Hin dan YB Dato’ Zahari Sarip di Kota Iskandar, Johor.


Kpkt 4

Antara perkara menarik yang disentuh:

  • Johor catat nilai jualan sektor pertanian tertinggi negara iaitu RM27.52 bilion
  • Pendapatan tertinggi sektor pertanian negera mencecah RM30.15 bilion
  • 2,000 hektar kawasan di Segamat diwartakan sebagai Zon Keterjaminan Makanan
  • 22 projek pertanian bernilai RM26.45 juta berjaya disiapkan pada 2025

Kpkt 3

Dalam pertemuan itu, Chan turut memuji komitmen Johor yang disifatkan memainkan peranan besar sebagai “Food Basket of Malaysia” serta hab bekalan makanan ke pasaran serantau dan antarabangsa.

Artikel berkaitan: KPKT Saran PBT Kurangkan Sewa Premis Hingga Akhir 2026 Demi Ringankan Beban Peniaga Kecil

Artikel berkaitan: KPKM Perkenal Insentif Pembajakan One-Off, Salur Bantuan Tunai Terus ke Akaun Pesawah

Perbincangan turut menyentuh pembangunan industri ternakan termasuk aspek Kebenaran Merancang (KM) bagi memastikan sektor penternakan negeri terus berkembang secara mampan.

Selepas sesi tersebut, delegasi KPKM turut mengadakan lawatan kerja ke Jemaluang Dairy Farm di Mersing bagi meninjau potensi pembangunan industri tenusu tempatan.

Kpkt 1

Sumber: KPKM

Sumber: KPKM
Sumber: KPKM
Sumber: KPKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.