Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kini memberikan tumpuan penuh untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) meningkatkan skala serta produktiviti selepas sektor itu mencatatkan kadar pertumbuhan mengatasi ekonomi negara pada tahun 2025.
Menterinya, YB Steven Sim Chee Keong memaklumkan bahawa KDNK PMKS berkembang sebanyak 5.7%, hampir RM690 bilion, berbanding pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5.2%.
Berikut ialah statistik utama serta inisiatif baharu yang turut diumumkan:
-
Sumbangan & Kategori: PMKS menyumbang 39.7% kepada KDNK negara dengan jumlah hampir 1.3 juta perniagaan, di mana 77% daripadanya masih bersaiz mikro dan 1.1% bersaiz sederhana
-
Prestasi Eksport: Eksport PMKS melonjak 10.5% kepada RM214.5 bilion pada 2025, mengatasi pertumbuhan eksport keseluruhan negara (5.9%)

-
Inisiatif Power Up 10K: KUSKOP menyediakan pembiayaan bernilai RM15 bilion untuk mengukuhkan produktiviti dan capaian pasaran PMKS berpandukan kerangka strategik ABCD KUSKOP
-
Panduan Pantas FTA: SME Corp. Malaysia melancarkan Quick Guide on Utilising FTAs by SMEs bagi membolehkan PMKS memanfaatkan 17 Perjanjian Perdagangan Bebas
-
Kerjasama Strategik: SME Corp. Malaysia turut bertukar dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) dan Small and Medium Enterprises Association (SAMENTA) untuk memperkasakan jaringan industri serta kelestarian PKS
Usaha ini bermatlamat untuk menterjemahkan pertumbuhan PMKS kepada syarikat yang lebih produktif, berdaya saing, dan mampu menerobos pasaran antarabangsa.
Sumber: KUSKOP
