in

Joe Metheny : Pembunuh Bersiri Yang Jual Burger Pakai Daging Manusia

Joemetheny

Joe Metheny ditangkap pada  bulan Disember tahun 1996, ketika di soal siasat, dia membuat pengakuan bahawa dia ingin membalas dendam dengan cara memperkosa pelacur, membunuh gelandangan semasa nak cari bekas isterinya yang melarikan diri daripadanya..

Berlainan dengan kes bunuh lain, Joe tak bakar, tanam atau hanyutkan mayat mangsa, sebaliknya dia jadikan mayat mangsa tu daging burger untuk dijual kepada orang awam!

Apa yang mendorong dia buat macam tu? Macam mana dia buat? Apa puncanya? Meh follow cerita ni.

 

Punca mendorong melakukan pembunuhan..

Joe Metheny First Arrest
(joe masa pertama kali ditahan) sumber : blog

Pembunuhan yang dia lakukan ini berlarutan sehingga 2 tahun sebelum dia ditangkap. Puncanya dia naik angin dengan isterinya yang merupakan seorang penagih dadah dan bawa anak lelaki lari bersama scandalnya.

Dia cari mereka berdua berhari-hari di seluruh pelusuk termasuklah di bawah jambatan tempat bini dia selalu high dadah tu tapi masih belum jumpa.

Sebaliknya, dia ternampak dua orang gelandangan yang dipercayai rakan ‘sekepala’ isterinya itu untuk ‘layan’ dadah. Apabila Joe tanya kemana isteri dan anak, mereka jawab tak tahu, marah dengan jawapan mereka beruda, Joe bunuh mereka menggunakan kapak.

Lepas dia dah bunuh, dia sedar bahawa ada seorang nelayan ni nampak perbuatan dia lalu nelayan itu pun turut dibunuh. Panik dengan apa yang dilakukannya, dia humban semua mayat kedalam sungai untuk sembunyikan bahan bukti.

Dia kemudiannya ditangkap atas tuduhan tersebut dan dipenjarakan selama setahun setengah, tapi dibebaskan ketika perbicaraan kerana tiada bahan bukti dijumpai. Tapi pada waktu ni dia dah junpa passion baru, iaitu membunuh.

 

Cara baru nak lupuskan bahan bukti

Joe Metheny
(joe metheny) sumber : google

Tempoh dia dalam penjara selama setahun setengah tu tak melunturkan misi Joe untuk melakukan passion terbaru dia tu.

Tak lama lepas dia dibebaskan dia ada bunuh 2 orang pelacur, masa ni lah dia buat taktik baru tu. Masa ni dia dah mula rasa membunuh ni macam satu permainan baginya dan dalam masa yang sama nak balas dendam.

Berbalik pada taktik baru dia tadi, kali ini Joe bawa balik mayat mangsa ke rumah. Dia akan kerat mayat mangsa dan pilih bahagian tubuh badan yang paling banyak daging untuk disimpan kat dalam freezer.

Bahagian yang dia tak nak tu dia akan simpan kat dalam satu gerabak trak milik company dia kerja.

 

Campurkan mayat mangsa dengan daging lembu dan daging babi untuk buat burger

Ya, lepas dia buat macam tu dia simpan dalam beberapa minggu dan kemudian dia buka satu warung pacak (jual makanan bbq) kat tepi jalan dan buat bisnes burger pakai patties tu!

Bayangkan orang lalu lalang yang singgah beli burger selamba dek je makan daging burger dia tu. Daging babi dan lembu yang dah dicampur dengan daging manusia.

 

Pelanggan puji burger dia sedap sebab rasa dia ‘lain daripada yang lain’ padahal…. 

Nak dipendekkan cerita, dia pun ditangkap pasal kes ini. Masa di soal siasat sekali lagi, Metheny bagi tahu tak ada seorang pun pelanggan yang complained dengan rasa burger dia tu.

Bagi mereka, rasanya lain daripada yang lain, kesiannya padahal ada tambah secret ingredient kat dalam tu.

Rasa daging manusia ni macam daging babi, kalau kita campurkan, orang takkan dapat bezakan rasanya”

Katanya lagi, kalau dia nak daging special tu. Dia akan pergi ‘memburu’. Dia juga ada mengaku dia dah bunuh lebih 10 orang. 

 

Dipenjara seumur hidup dan meninggal dunia pada tahun 2017

4334C73700000578 0 Image A 1 1502571872648
Sumber : dailymail

Dia akhirnya ditangkap pada tahun 1996 apabila salah seorang mangsa berjaya melarikan diri dan pergi membuat laporan polis.

Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati, tapi pada tahun 2000 ia ditukar kepaa penjara seumur hidup.

Pada tahun 2017, dia ditemui mati di dalam sel dia sendiri. Sebelum dia meninggal dunia, dia ada buat satu confession kepada pihak berkuasa. Masa ni dia dedahkan kes pembunuhan awal yang dia buat, bunuh nelayan dan gelandangan yang dia dah sorok.

Menurut sumber, dia juga menegaskan bahawa dia tak menyesal pun perbuatan yang dia dah lakukan selama ni kecuali…baca kata-kata terakhir dia.

 

Kata-kata & pesanan terakhir sebelum Joe Metheny mati

“Satu-satunya perkara yang buatkan saya rasa kesal adalah saya tak dapat nak bunuh 2 orang tak guna ni, iaitu bekas isteri saya dan si bangsat yang jalinkan hubungan dengan dia”

“Jadi lepas ni kalau korang tiba-tiba rasa nak singgah warung tepi jalan yang jual makanan daging yang selama ni korang tak pernah nampak, saya nak ingatkan ingat balik cerita ni sebelum makan hidangan tu.”

Tiba-tiba rasa kembang tekak nak makan burger.

 

Baca : The Ken & Barbie: Pasangan ‘Sempurna’ Goda, Seksa, Rogol & Bunuh 13 Perempuan Muda

Kenbarbie