in

The Ken & Barbie: Pasangan ‘Sempurna’ Goda, Seksa, Rogol & Bunuh 13 Perempuan Muda

Feat 16

Masa kecil-kecil dulu, korang mesti pernah main dengan Barbie kan? So, korang jugak mesti tahu yang Barbie ni ada boyfriend yang dipanggil Ken. Barbie dan Ken ni memang sama cantik dan padan.

Samalah macam pasangan yang berasal dari Kanada, Paul Bernando dan Karla Homolka. Luarannya, bila korang tengok pasangan ni, dorang memang macam pinang dibelah dua, sangat sempurna.

Namun, disebalik ‘kesempurnaan’ ni, dorang sebenarnya bekerjasama menggoda, menyeksa, merogol dan membunuh ramai remaja perempuan termasuk adik sendiri!

Kehidupan awal Paul Bernando

Bernardo Was The Result Of An Affair Photo U2

Menurut AllThatInteresting permulaan jenayah bersiri Paul bermula sebelum dia bertemu Karla lagi. Paul Bernando lahir pada 27 Ogos 1964 di Ontario, Kanada.

Pada tahun 1975, bapa Paul, Kenneth Bernando telah didakwa dengan pencabulan kanak-kanak termasuk adik perempuan Paul, Debbie.

Namun, perkara ini tak memberikan kesan sangat terhadap Paul sehinggalah ketika dia berusia 16 tahun, ibunya Marilyn Bernando mendedahkan yang dia curang dengan Kenneth dan Paul merupakan anak luar nikah.

Pendedahan ibunya ini telah mengubah sikap Paul dan dia mula memanggil ibunya “pelacur”. Bila dia mula belajar di Universiti, dia mula keluar dengan beberapa wanita di bar sebelum mencaci dan memukul mereka.

Paul Bernando adalah seorang pemuda yang kacak dan menawan. Dia telah menggunakan kombinasi ini untuk memanipulasi wanita. Tak lama kemudian, dia mula melakukan perkara yang lebih jahat.

Kemunculan Paul Bernando sebagai Perogol Scarborough

Bermula Mei 1987, bandar Scarborough di Ontario telah dikejutkan dengan beberapa jenayah yang mengerikan.

Pada awal pagi 4 Mei 1987, seorang wanita sedang turun dari bas sebelum dia ditarik dan dirogol dengan kejam berhampiran kawasan rumahnya. Minggu seterusnya, ada dua lagi serangan yang lebih kurang sama berlaku di kawasan itu.

Mangsa semua adalah gadis berusia 15 ke 21 tahun dan serangannya termasuk memukul, mencaci dan mengugut mangsa supaya mereka tak buat laporan pada pihak polis telah menyebabkan pihak berkuasa merumuskan bahawa jenayah-jenayah ini dilakukan oleh orang yang sama.

Kemunculan Karla Homolka

Screen Shot 2015 10 14 At 7 20 25 Pm

Dalam tahun yang sama, Paul mula bercinta dengan Karla Homolka. Ketika ini Paul berusia 23 tahun dan Karla 17.

Karla dilahirkan di Ontario pada tahun 1970 dan dia merupakan anak sulung dari empat adik beradik. Dia seorang yang senang bergaul, cantik, bijak, popular dan sukakan binatang sehingga membuatkan dia memilih untuk bekerja di klinik haiwan selepas sekolah.

Seperti Paul, kalau lihat rupa luaran, memang tak percaya yang wanita ini mampu buat jenayah yang dia lakukan bersama Paul.

Pada 1989, sejurus selepas pasangan ini bertunang, Paul memberitahu tentang keinginan seksualnya dan sering mengeluh kerana Karla bukan dara semasa mereka bertemu sebelum menyatakan keinginannya untuk bersama dengan adik Karla, Tammy yang berusia 15 tahun.

Kerana takut kehilangan Paul, Karla telah berjanji yang dia ingin berikan ‘dara’ adiknya sebagai hadiah krimas untuk tunangnya ini.

Homolka And Bernardo Young With Beers

Jadi, pada 23 Disember 1990 keluarga Karla membuat parti krismas. Di sana, Karla telah memasukkan anestetik haiwan yang dicuri dari tempat kerjanya ke dalam minuman Tammy.

Malam itu, ketika semua ahli keluarga sedang tidur, Karla telah menekup mulut Tammy yang tak sedarkan diri dengan kain dan ambil giliran merogol adiknya bersama dengan Paul sambil merakam insiden ini.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba Tammy mula tercekik muntah hingga menyebabkan pasangan ini panik dan mula membuang bukti sebelum menelefon ambulans. Malangnya, Tammy disahkan meninggal dunia di hospital.

Bagaimanapun, dadah di dalam badan Tammy tak dapat dikesan dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kemalangan kerana tercekik muntah dari keracunan alkohol.

Pembunuh Ken & Barbie

Menurut Ranker, lepas kematian Tammy, Paul dan Karla akan lakonkan semula pembunuhan tersebut. Karla akan memakai baju adiknya dan mereka akan melakukan hubungan seks di atas katil Tammy.

Enam bulan selepas kematian Tammy, Paul telah menculik Leslie Mahaffy yang berusia 14 tahun ketika remaja ini pulang ke rumah pada pukul 2 pagi.

Paul membawa Leslie pulang ke rumah dan pasangan ini melakukan serangan seksual ke atasnya selama beberapa hari sebelum mencekik remaja ini dengan wayar elektrik sebelum memotong mayatnya menggunakan gergaji dan sorokkan mayat Leslie di tasik berdekatan.

Dua minggu lepas itu, Paul dan Karla mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran di Niagara Falls dan pada hari yang sama mayat Leslie ditemui.

Homolka And Bernardo Wedding Photo

Tak cukup dengan itu, pada 16 April, 1992, 10 bulan selepas kematian Leslie, Paul dan Karla telah menculik seorang remaja berusia 15 tahun Kristen French yang sedang berjalan pulang dari sekolah.

Dalam masa tiga hari, pasangan suami isteri ini berulang kali merogol Kristen sebelum mencekik remaja ini hingga mati dan mencukur rambutnya sebelum membuang mayat remaja malang ini di dalam parit. 11 hari kemudian, baru mayatnya ditemui.

Apabila forensik menganalisis bukti DNA di badan Kristen, mereka menemui air mani pada mayat Kristen dan Leslie sama dengan perogol Scarborough. Polis mula menyebarkan gambar lakaran yang dilukis berdasarkan keterangan dari mangsa-mangsa sebelum ini.

Police Composite For Scarborough Rapist

Pada Januari 1992, Karla tinggalkan Paul selepas dia memukul isterinya dengan teruk menggunakan lampu suluh. Sebulan selepas itu, Paul ditahan oleh pihak polis.

Pengakhiran Ken & Barbie

Collage 46

Selepas Karla menyedari dia bakal menerima nasib yang sama seperti Paul, wanita ini cepat-cepat mengupah peguam dan meminta perlindungan dengan penukaran dia akan memberi keterangan terhadap suaminya.

Kerajaan memberikan tawaran dengan membenarkan Karla untuk mengaku bersalah kerana membunuh secara tak sengaja dan dikenakan penjara selama 12 tahun dengan syarat dia perlu bersetuju untuk memberi keterangan tentang penglibatannya dengan pembunuhan Leslie dan Kristen.

Semasa wanita ini memberikan keterangan, dia mengatakan yang suaminya telah menyeksanya dan memaksa dia untuk terlibat dalam jenayahnya.

Namun, video yang dirakam semasa membuat jenayah akhirnya ditemui dan ‘perangai’ sebenar Karla terdedah. Walaubagaimanapun, dia tetap dipenjarakan selama 12 tahun.

Paul Bernardo didapati bersalah atas semua kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Pada tahun 2005, Karla telah dibebaskan dan kini dia sudah pun berkahwin semula dan mempunyai anak serta menggunakan nama lain.

Manakala Paul, permintaannya untuk bebas tahun lepas telah ditolak oleh mahkamah selepas peguam keluarga mengatakan yang mereka tak pernah menerima apa-apa permohonan maaf dari Paul dan dia tak menunjukkan rasa bersalah langsung.

Kalau korang nak tahu, Paul memang mengaku pun yang dia tak ada rasa kesian pun dekat mangsa-mangsanya masa dia lakukan perbuatan-perbuatan kejinya itu.

Memang eloklah Paul ni tak bebas kalau dah rasa bersalah pun tak ada dalam diri dia.

 

Baca: Misteri Pembunuhan Salbiah: Gantung Diri Sendiri & Mayat Ditemui Mereput, Kes Pembunuhan Ni Paling Sensasi Tahun 80-an

Screenshot 2019 05 31 At 3.36.34 Pm