Baru-baru ini, tular sebuah tweet yang dikongsikan oleh seorang bapa menyatakan rasa hampanya apabila arwah anaknya didakwa dilayan dengan buruk oleh pihak hospital kerajaan pada tahun 2018 lalu.
Individu berkenaan memberitahu arwah anaknya dilayan seperti haiwan oleh Pembantu Kesihatan (PK) ketika dalam rawatan di sebuah hospital kerajaan disebabkan oleh penyakit neurologi (otak dan saraf).
“Semasa Arwah *** lumpuh separuh badan, kau mandikan anak aku Arwah *** seperti kau mandikan macam binatang.
Kau pancutkan air sampai anak aku terhantuk kepala di dinding toilet. Kau jirus air kat kepala sampai tercungap-cungap arwah hendak bernafas dan kau boleh pulak membebel yang Arwah tak ada sakit apa-apa, sakit yang dibuat-buat disebabkan stress.
Dari mana PK tersebut boleh tahu, kalau bukan daripada report yang doktor tulis di dalam report. Bukan sekali tetapi boleh dikatakan setiap hari jika terkena syif PK itu bertugas,” tulisnya.
Malah, arwah anaknya itu dikatakan boleh berjalan sendiri ke tandas sendiri namun tiada bukti yang diberikan berkenaan perkara itu kerana arwah dahulu perlukan bantuan untuk berjalan dan jantungnya akan berdegup laju (tarcycardiac).
Bapa itu turut meluahkan rasa sedihnya kerana sehingga hari ini, walaupun ada laporan dan aduan yang telah dilakukan, namun masih tiada tindakan yang diambil.
Baca: Tergamaknya! Staf Kesihatan Dedah Hujung Ramadan Ramai Hantar Ibu Bapa Ke Hospital Sebab...