in

“Jika dijemput kita hantar” – Malaysia Bersedia Hantar Tentera Ke Palestin

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencerobohan dan serangan rejim zionis Israel ke atas Palestin baru-baru ini yang bermula di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas telah pun meragut nyawa seramai 212 orang setakat ini. 61 daripadanya adalah kanak-kanak, 36 wanita serta 1,400 orang telah cedera.


Bercakap dalam sidang media, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan Malaysia bersedia menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Palestin, lapor MalaysiaKini.

Bagaimanapun perkara ini hanya boleh berlaku sekiranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjemput tentera Malaysia bagi membantu misi pengamanan di Palestin.

Angkatan Tentera Malaysia

Malaysia tak boleh menghantar sewenang-wenangnya ATM ke sana, jika kita ‘dijemput’ PBB barulah kita akan hantar.”

Jelas Ismail Sabri, penghantaran ATM ke Palestin ini melibatkan undang-undang antarabangsa bersama PBB namun sebelum ini ATM banyak terlibat dengan misi pengaman bersama PBB seperti di Lubnan, Sudan, Filipina dan Sierra Leone.

16Hm010J 1621132612

Untuk pengetahuan korang, sebelum ni menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Malaysia berdukacita serta kesal dengan ketidakmampuan Majlis Keselamatan PBB menghentikan serta mereta kekejaman Israel ke atas Palestin yang merupakan jenayah perang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Apa-apa pun, kita teruslah beri sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin dan sekiranya mampu, hulurkan bantuan melalui saluran yang betul. #FreePalestine

 

Baca: “Tetap bersama Palestin” – Israel Ancam Keselamatan Negara, KDN Minta Rakyat Bertenang & Terus Sokong Palestin

Screenshot 2021 05 18 At 11.19.42 Am

Sumber: MotoMalaya
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.