in

Jijik! Abang Nikahi Adik Bongsu Sendiri

Featured 5

Abang kahwin adik sendiri! Tak masuk akal tapi itu yang berlaku di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Difahamkan Anshar, 32 tahun telah menjalinkan hubungan intim dengan adiknya sehingga menyebabkan adiknya itu hamil empat bulan, lapor surabaya tribunnews.

Katanya selepas sahaja perlakuan sumbang mahram itu diketahui, isteri pertama Anshar, Hervina terus membuat laporan polis dan meminta pihak berwajib untuk lakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dilaporkan yang Ansar telahpun menikahi adik bongsunya itu di sebuah lokasi di Kalimantan Timur beberapa hari lalu.

Spiritriau Kakak Nikahi Adik Kandung Istri Mempelai Pria Lapor Polisi
Sumber : spiritriau

 

Kakak Nikahi Adik Kandung Sendiri Di Bulukumba Istri Minta Polisi Usut Pernikahan Sedarah Itu
Sumber : radarpagi

Memetik laporan Hervina kepada polis, kedua beradik itu dilaporkan telah berzina beberapa bulan lalu di luar pengetahuannya.

Ujar wanita itu, selama ini dia langsung tidak mencurigai perilaku suaminya terhadap adik iparnya itu.

Suaminya merupakan anak ketiga daripada 7 beradik, manakala adik iparnya itu merupakan yang paling bongsu.

Hervina berkata dia kecewa dengan apa yang dilakukan suaminya itu dan akan menuntut penceraian daripada lelaki itu.

Malah dia terkejut selepas menyaksikan sendiri video pernikahan suaminya dengan adik kandung sendiri.

Setelah selesai proses undang-undang (berhubung kes suaminya berkahwin dengan adik sendiri) saya akan meminta cerai.”

Hervina
Hervina menunjukkan buku nikahnya bersama anshar

Sementara itu salah seorang ahli keluarga Anshar yang dikenali sebagai RS berkata dia berharap tindakan undang-undang akan diambil kepada pesalah.

Malah ujarnya dia sendiri tidak pasti bagaimana untuk berhadapan dengan kedua-dua beradik itu.

Kami keseluruhan tujuh orang bersaudara. Dia (Ansar) anak ketiga bernikah dengan adik bongsu.Kami berharap mereka dihukum, seandainya masih berlaku hukum adat maka saya juga meminta itu (hukum adat).”

 

Bukan ke kita tak boleh kahwin dengan adik beradik sendiri?

Baca : Lain kali cari isteri yang tak kerja Berkahwin Dengan Doktor, Suami Mengeluh Dah Kahwin Tapi Macam Tak Ada Isteri??

Doktor