in

“Lain kali cari isteri yang tak kerja” – Berkahwin Dengan Doktor, Suami Mengeluh Dah Kahwin Tapi Macam Tak Ada Isteri??

Isteriku Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau lelaki kat luar sana ada angan-angan beristerikan doktor, korang fikirlah masak-masak dulu sebelum buat keputusan. Memanglah ada pasangan yang bekerja sebagai doktor ni best sebab gaji ‘masyuk’ dan ibu bapa suka sebab pekerjaan ni dipandang tinggi oleh masyarakat.


Tapi jadi doktor ni bukanlah sesuatu yang mudah sebab mereka kena banyak luangkan masa kat hospital merawat pesakit sampaikan quality time bersama keluarga pun terpaksa diabaikan!

Picture 2284
gambar hiasan

Disebabkan hal inilah seorang lelaki meluahkan rasa tak puas hatinya di Facebook berkenaan nasibnya berkahwin dengan seorang doktor. Katanya macam tak ada beza je dengan zaman bujang. Ye ke ni?? 

 

“Saya nak mengeluh sikit je lah, kadang-kadang kawin ni rasa macam tak kawin min… wife tak pernah lekat kat rumah” 

Menerusi perkongsian di page Suami Isteri, Keluarga Bahagia, seorang suami yang bekerja sebagai guru ini meluahkan rasa sedihnya apabila bernikah dengan seorang isteri yang bergelar doktor. 

Katanya isterinya ini terlampau busy, sampaikan Hari Buruh pun tak cuti dan dia terkadang dah terlalu penat tidur seorang diri di rumah dan tak pernah dilayan dengan masakan sedap daripada isterinya.

Kahwin 1
sumber: facebook

 

“Waktu cuti tu cuti la, lupalah sat pasal pesakit tu. Suami ni dok sakit hati ada dia kisah?” 

Kahwin 2
sumber: facebook

 

“Lain kali cari isteri yang tak kerja… baru boleh layan sepenuh masa” 

Itulah seperti yang min ada cakap kat atas, kalau nak beristeri dengan doktor, baik korang fikir masak-masak.

Sebab kalau korang sebagai seorang suami expect isteri korang tu mampu ada kat rumah 24 jam dan sediakan makan minum perfect… kahwinlah dengan suri rumah. Itu memang tip top 100% boleh uruskan hal korang setiap hari.

Doktor
sumber: facebook

Belajarlah fahami kerjaya pasangan masing-masing. Kalau ada yang tak puas hati, luahkanlah biar pasangan tahu. Simpan lama-lama kang meletup lagi susah! 

Baca: “Dia kata saya ni hamba dia” – 12 Tahun Wanita Menderita Kahwin Suami Berlagak ‘Raja’ Dibrainwash & Kena Hina Macam Ecah

Brainwash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.