in

“Jgn sombong sangat dato” – DSV Dikecam Tuduh Mereka Kibar ‘Bendera Putih’ Pemalas, Hanya Mengharap Bantuan

Dato Vida Bendera Putih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai di kalangan rakyat terjejas daripada segi pendapatan sehingga ada di antara kita terpaksa mengangkat bendera putih demi memohon bantuan.


Meskipun kempen bendera putih ini dianggap satu inisiatif yang baik, terdapat segelintir pihak yang kurang menyetujuinya termasuklah jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida.

Menerusi perkongsian Dato’ Seri Vida atau dikenali sebagai DSV di TikTok, dia didakwa menganggap mereka yang mengangkat bendera putih ini kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika musim PKP.

@datoserividaofficial

Reply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT

DSV pada awalnya dilihat membuat video tersebut untuk menjawab soalan salah seorang followers yang meminta sumbangan kerana terjejas pendapatan dan tidak mampu membeli susu anak.

Dia kemudian memuji pemilik gerai tepi jalan yang dikunjunginya kerana rajin berusaha mencari pendapatan di musim PKP dan tidak mengharapkan bantuan orang lain dengan mengibarkan ‘bendera putih’.

Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tokleh. Usaha! Tengok adik ni usaha. Sejak bila berniaga depan rumah ja ni?

“Berapa pendapatan adik? Haa 200-250 ko mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena menu sedap dan bersih. Saya singgah ni sebab bersih, kalau tak bersih aku tengok dari jauh lagi… bye! 

“Pehe dok? Usaha, jangan dok pemalas mengharap bantuan bendera putih jah,” katanya.

 

“Macam mana mau usaha, modal beli beras pun tak ada” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana ada di antaranya mengecam pendapat DSV kerana tidak sensitif dengan kesusahan orang lain.

Malah ada juga yang berkata, mereka bukanlah pemalas tetapi tidak mempunyai modal untuk berniaga seperti pemilik gerai yang diperkatakan DSV tersebut.

Dsv 1

 

“Jangan salah paham semua… dia cakap kita kena usaha” 

Walau bagaimanapun ada yang mengambil kata-kata DSV tersebut sebagai perkara positif untuk terus berusaha dan mencari jalan demi mendapatkan pendapatan semasa musim PKP ni.

Ushaaaa

Apa-apapun kita janganlah berbalah dengan kata-kata Dato’ Vida ni. Kalau terbuka hati nak bantu, kita bantu dengan ikhlas. Bagi yang mempunyai modal untuk berniaga, boleh teruskan demi cari pendapatan. 

Baca: [VIDEO] Cik B Buka Pintu Pagar Sendiri Waktu Hujan, DSV Mengamuk Guard Tak Buat Kerja

Cikb

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.