in

“Jenayah siber” – Mangsa Body Shaming Boleh Ambil Tindakan Undang-Undang Kepada Pelaku

Ft Body 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni hangat di media sosial mengenai duta produk kurus, Eira Azira yang dikatakan telah melakukan “body shaming” di facebook.


Dalam video tersebut dikatakan Eira telah menunjukkan gambar seorang wanita serta menghina fizikalnya.

Walaupun mangsa dilaporkan dah “proceed” dengan saman, tapi masih ramai tak tahu, sebenarnya mangsa “body shaming” mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku.

Ini kerana,” body shaming” menimbulkan impak negatif kepada mangsa seperti, stres dan gangguan emosi, kehilangan keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan, dan yang paling teruk boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. 

Kesan body shaming ni kalau simpan lama-lama akan memakan diri mangsa

Perlakuan menghina fizikal seseorang di mana-mana aplikasi telah diletakkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1)(b), lapor Berita Harian.

Jadi sesiapa yang didakwa atas kesalah body shaming boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.  

Capture 51

So lepas ni korang nak cakap tu fikir-fikir lah dulu. Kalau kawan korang dah report, ke dalam perginya nanti.

 

Baca : Cakap awek gemuk kau pun bukannya handsome Lelaki Kena Kecam Sebab Downgrade Bakal Tunang

Capture 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.