“Jemput pelajar tahfiz, tapi ada acara laga tetek”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Jemput pelajar tahfiz, tapi ada acara laga tetek”

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Awal bulan ini PU Amin ada mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memboikot produk-produk keluaran Safiey Ilias lepas terkejut usahawan kosmetik tu photoshoot sampai tayang-tayang bontot. Jadi Amin mintak kita semua supaya jangan beli barang yang dia jual supaya dia jatuh miskin lepas tu menyesal dan kembali ke fitrah asal.

Sejak video tu tular, pertikaian antara PU Amin dan Safiey Ilias ni macam tak berkesudahan. Amin katanya sampai dapat amaran daripada pengurus Safiey sebab dorang rasa macam kes ni menjatuhkan nama baik syarikat dorang.

Sumber: Instagram

Tapi Amin terus nekad dalam memerangi isu transgender kat Malaysia ni sebab dia tak nak suatu hari nanti anak cucu kita pulak kena hadap benda yang sama dan lebih membimbangkan kalau benda macam ni berleluasa.

Terbaru, Amin ada kongsikan kat laman sosial pasal rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak Safiey. Menurutnya, rumah terbuka tersebut menjemput beratus-ratus anak yatim berserta pelajar-pelajar tahfiz. 

Sumber: Facebook

Pun begitu, apa yang menyedihkan adalah bila majlis yang dihadiri oleh anak-anak tahfiz ini disulami dengan acara yang tidak elok. Dalam entri yang sama, Amin meminta supaya usahawan kosmetik pondan itu tidak mempergunakan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz yang hadir ke majlis rumah terbuka dianjurkan.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Teguran terbuka Amin itu disokong oleh orang ramai yang rata-rata bersetuju perkara ini ditentang secara terang-terangan. Ada juga yang merasakan persembahan ini satu percubaan untuk menghina biduanita negara yang sudah meninggal dunia. Sekali pandang memang nampak macam Sharifah Aini… 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Selain itu, ada juga yang mempertikai pihak sekolah tahfiz yang sudi menerima jemputan ke majlis rumah terbuka Safiey. Menurut dorang, sekolah tahfiz kena ada pendirian, janganlah asal nampak mewah je terus terima. 

Sebab bila jadi macam ni, kesian anak-anak tahfiz tu yang jadi mangsa, kena sondol dengan penyanyi yang diragui jantinanya.

Sumber: Facebook

Hari ini Amin memuat naik satu gambar kata-kata di laman Instagram meminta Safiey berhenti seketika dari media sosial dan terus menasihati usahawan kosmetik tersebut supaya kembali ke jalan yang benar. Setakat ini Safiey masih belum memberikan tindak balas walaupun PU Amin dah tag nama dia.

Sama-samalah kita doakan semoga Safiey Ilias kembali ke jalan yang benar.

Baca: Safiey Ilias Tak Puas Hati Dengan Dr. Amalina

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.