in

Safiey Ilias Tak Puas Hati Dengan Dr. Amalina

Safi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau minggu lepas Safiey Ilias buat netizen panas sebab duk tayang jarinya yang disarung cincin oleh teman lelaki, minggu ni orang lain pulak buat Safiey panas. Katanya Safiey tak puas hati dengan Dr. Amalina Che Bakri.


Seperti yang ramai tahu, Amalina memang aktif memberikan pendedahan kepada orang awam pasal suplemen dan berani cabar sesiapa saja berdebat dengan dia pasal ni. Sebagai seorang usahawan suplemen kecantikan, Safiey pun terasa pedasnya bila orang duk bercakap-cakap pasal suplemen ni.

Pas
sumber: instagram

Hal ni mungkin menyebabkan berlakunya salah faham di antara Safiey dan Amalina. Menurut perkongsian kat Twitter, Amalina memuat naik beberapa screenshot paparan entri yang dimuat naik Safiey di Instagram.

Dalam entri yang dipercayai telah dipadam tu, Safiey mendakwa Amalina block dia di media sosial dan macam tak ada kerja lain sebab semua produk dia nak bash, termasuklah produk yang dipromosikan Dato’ Siti sebelum ini.

2
sumber: twitter

Turut menggelar doktor pelatih tu sebagai seorang yang ada mental disorder, Safiey menegaskan yang Amalina pernah panggil dia dengan panggilan pondan. Namun Amalina tampil membalas kenyataan Safiey dan mendakwa dia tak pernah keluarkan kata-kata macam tu serta tak pernah block Safiey pun.

Bukan tu je, Amalina juga menasihatkan Safiey supaya lebih profesional untuk hadapi situasi macam ni dan dia tegaskan bahawa apa yang dilakukan tu hanya sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang doktor. Bukan dia saja-saja nak tutup periuk nasi orang tau!

R
sumber: twitter

Salah seorang netizen juga setuju yang Amalina hanya jalankan tugas dia untuk pastikan orang ramai elak suplemen-suplemen tak elok yang boleh merosakkan tubuh badan. Ye lah kalau dah sakit nanti kena pergi jumpa doktor jugak, kan?

3
sumber: twitter
1 2
sumber: twitter

Mengakhiri entrinya, Amalina jelaskan yang dia nak benda ni berakhir dengan profesional dan dia takkan berhenti educate orang ramai pasal benda-benda yang tak elok.

Teruskan sebar maklumat yang berguna untuk semua ye Dr. Amalina!

Baca: “Saya respect Dato Siti, tapi…”

Sis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.