in

Video Lama Tular Balik, Janna Nick Dikecam Peminat K-Pop Sampai Kena Bersumpah Dengan Al-Quran

Feature 1 Janna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini nama Janna Nick trending di media sosial sebab dikecam netizen lepas ramai yang mendakwa pelakon itu menciplak idea dari filem Indonesia, Dilan untuk telefilem arahannya, Delen.


Kali ini, nampaknya kontroversi yang melanda Janna Nick belum berakhir apabila dia dikecam oleh peminat K-Pop di Twitter gara-gara video lama yang tular semula sejak beberapa hari lalu. Untuk pengetahuan korang, video yang diperkatakan tu telah berlaku pada tahun 2018.

Photo6165922090738363067

Isu ni bermula apabila Sharifah Sakinah dan Janna Nick didakwa telah mempersenda kematian artis K-Pop, Jonghyun dari kumpulan SHINee. Dalam video tu, kedua-dua artis wanita tersebut sedang berada di salon untuk rawatan rambut.

Sebenarnya, Sakinah dah pun minta maaf pada 2018 dan menjelaskan yang Janna Nick tak terlibat pun dengan kenyataan yang dia buat pada ketika tu. Namun, beberapa hari lepas, video tu viral balik sebab ada peminat K-Pop yang upload video tu di TikTok. 

Photo6165922090738363073

Perkara ni telah menimbulkan semula kemarahan fans K-Pop sebab kematian orang bukanlah benda lawak. Ketika artikel ini ditulis, nama Janna Nick masih lagi trending di Twitter dengan lebih 16 ribu Tweet.

Janna 2

Jadi, pelakon yang berusia 26 tahun itu telah tampil menjelaskan perkara sebenar di Instagram. Korang boleh tengok sendiri video penjelasan ni. 

Menerusi IGTV, Janna Nick siap bersumpah guna Al-Quran lagi mengatakan yang dia tak ada kaitan pun dengan isu artis K-Pop ni. Katanya, ketika kat salon tu, dia tak dengar pun apa yang Sharifah Sakinah cakap sebab kat salon kan bising dengan hairdryer dan alatan lain.

Saya tak tahu menahu langsung yang benda tu ditujukan untuk si mati. Sakinah pun dah buat permohonan maaf dan ‘explain’ yang saya tak terlibat,” katanya.

Photo6165922090738363069

Photo6165922090738363068

Dalam video IGTV yang berdurasi lebih kurang 11 minit itu, Janna juga mengatakan dia gelak dalam video lama tu sebab apa je yang Sakinah cakap memang dia akan gelak. Katanya, sebab Sharifah Sakinah selalu bahan dia. 

Apa pendapat korang tentang isu ni? Semoga perkara ni dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: “Tak tengok pun cerita Delen ni tapi dah judge dulu” – Janna Nick Tampil Jelaskan Isu ‘Ciplak’ Telefilem Delen 

Janna

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.