in

Janji Nak Bagi Kerja Dekat Ladang Sawit, Tiga Lelaki India Dirantai Macam Haiwan & Dikerah Bekerja Tanpa Gaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Scam yang melibatkan pekerjaan ni memang dah banyak sangat berlaku, baik dari dalam negara mahu pun dekat luar. Tapi, apa yang berlaku baru-baru ni memang sangat memeranjatkan.


Menurut Astro Awani, tiga lelaki dari India telah dijanjikan dengan pekerjaan di ladang kelapa sawit di Malaysia. Realitinya, mereka telah didera dan dirantai oleh majikan dan dikerah bekerja selama 12 jam sehari tanpa rehat atau cuti.

Ketua polis derah Lipis, Azli Mohd Noor berkata, pihak polis telah menahan seorang suspek berusia 26 tahun dari Kuala Lipis pada hari Sabtu tengahari (13 Julai) di kedai makan berdekatan dengan ladang tersebut.

Gambar Hiasan

Difahamkan, suspek telah mendera tiga mangsa yang berusia dari 33 tahun dan 48 tahun dengan memukul mereka, tak berikan makanan dan menyuruh mereka untuk bekerja lebih masa tanpa cuti.

“Tiga lelaki yang dah berkahwin ini mengatakan mereka tiba di Malaysia pada September 2018 dan April lepas menggunakan servis agensi di India dengan menggunakan visa pelawat. Suspek kemudiannya menjemput mereka di KLIA dan membawa mereka ke ladang kelapa sawit.

“Mangsa juga mengatakan yang suspek telah mengambil passport dan telefon bimbit mereka sejurus selepas mereka diletakkan di kuarters pekerja. Ada antara mereka yang dibayar gaji sebanyak RM600 dan ada yang tak dibayar langsung.”

Tak cukup dengan itu, Azli juga berkata salah seorang mangsa mengatakan yang tangannya telah dirantai dan dia dipukul selama sebulan hingga tangan kirinya cedera.

Sumber: Awani

Jenayah ini berjaya didedahkan apabila salah seorang mangsa berjaya melarikan dan membuat laporan polis di balai polis daerah Lipis pada Sabtu lalu.

Mangsa dah pun diselamatkan manakala suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari Ahad”

Harapnya pekerja-pekerja ni dapat keadilan yang sepatutnya. Tak ada manusia yang layak dilayan macam ni.

 

Baca: Amah Minta Bantuan Polis Johor Sebab Didera Majikan, Tapi Kena Rogol Pula

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.