in

Amah Minta Bantuan Polis Johor Sebab Didera Majikan, Tapi Kena Rogol Pula

Ome

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sesuatu yang buruk terjadi, kita selalunya akan ke balai polis dan minta bantuan dorang untuk selesaikan masalah dan bantu kita. Polis sepatutnya jaga keselamatan rakyat, kan? Tapi lain pula yang jadi pada seorang pembantu rumah kat Johor ni.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia didera oleh majikannya di Bukit Indah, Johor cuba untuk larikan diri. Dengan bantuan seorang rakan, pembantu rumah tersebut berjaya larikan diri dan bergegas ke balai polis untuk laporkan hal ni.

Pdrm Kena Tapis Polis Gemuk Naik Pangkat Vitdaily 01
gambar hiasan

Wanita ke balai polis nak minta tolong tapi dirogol

Wanita berusia 24 tahun tersebut kemudiannya pergi ke balai polis di Senai untuk buat laporan pasal penderaan yang dibuat oleh majikan dia. Tapi apa yang mengejutkan, seorang polis berusia 30 tahun dari Sandakan dikatakan terpikat dengan kecantikan pembantu rumah tu dan terus pasang niat jahat.

Untuk dapatkan kepercayaan wanita tu, polis tersebut beritahu dia sangat kasihan dengan pembantu rumah tu dan sanggup bawa bawa dia balik ke rumah majikan untuk ambil pasport. Kononnya! 

Tapi tengok-tengok dia bukan bawak pergi rumah majikan tapi ke sebuah motel di Senai dan merogol wanita tu kat situ! Teruknya!

Cheap Rooms Com Motel Room 1940S Pinterest Motel Room Ideas
gambar hiasan

Ada bukti polis bawa wanita ke motel

Mangsa kemudiannya buat laporan polis pasal kejadian tu. Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut. Lepas tengok rakaman CCTV kat motel, polis tu memang ada bawa mangsa ke sebuah bilik.

Insiden ni buat ramai pegawai senior di ibu pejabat polis Bukit Aman berang dan arahkan siasatan mendalam dilakukan terhadap kes ni. Pembantu rumah tu kemudiannya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Bukit Aman Building
gambar hiasan

Kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ni lah yang orang kata harapkan pegar, pegar makan padi. Orang nak mintak tolong, dia rogol pulak. Hish, memalukan polis je!

Baca: “Harap pegar, pegar makan padi” – Netizen Berang 5 Polis ‘Dilepaskan’ Selepas Kantoi Rompak Kedai Emas

Asads 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.