in

Jangan Terlepas! Grab Beri Diskaun Untuk Ke 16 Hospital Ni Selama SETAHUN!

Menu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan servis kenderaan macam Grab ni memang menjadi pilihan ramai sebab mudah dan cepat. Buktinya, MB Azmin Ali pun guna perkhidmatan Grab lepas serah semula kenderaan rasmi pada kerajaan negeri Selangor.


Bagi korang yang suka guna Grab, ni ada berita baik untuk korang! Menurut perkongsian satu akaun Twitter, kalau korang nak ke hospital naik Grab, sekarang ni ada diskaun tau! So jangan terlepas peluang untuk gunakan diskaun ni kalau korang nak pergi hospital!

Grab
sumber: mmo

Tak perlu nak susahkan keluarga atau kawan-kawan untuk tolong bawak kita ke hospital, now boleh call je Grab. Diskaun Perjalanan Selama Satu Tahun Untuk Hospital ni diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tujuan utama dia adalah untuk of course lah memudahkan perjalanan pesakit atau pelawat untuk ke hospital kerajaan. So kalau korang nak ke hospital swasta, boleh je pergi dengan Grab tapi diskaun takde la ye.

Cek
sumber: twitter

Selain nak kurangkan kesesakan lalu lintas, paling penting bila korang guna diskaun Grab ni is nak kurangkan kos pengangkutan ulang-alik ke hospital kerajaan tu. Diskaun ni sah untuk digunakan semua pengguna Grab selama SETAHUN bermula 1 April 2018 hari tu.

Meliputi 16 buah hospital, Grab sekarang dah angkut lebih 100,000 pengguna sebulan yang nak berulang-alik ke hospital. Antara hospital yang terlibat adalah;

  1. Hospital Kajang
  2. Hospital Kuala Lumpur
  3. Hospital Ampang
  4. Hospital Tengku Ampuan Rahimah
  5. Hospital Selayang
  6. Hospital Serdang
  7. Hospital Sungai Buloh
  8. Hospital Putrajaya
  9. Hospital Alor Setar
  10. Hospital Pulau Pinang
  11. Hospital Raja Permaisuri Bainum
  12. Hospital Tengku Ampuan Afzan
  13. Hospital Sultanah Aminah
  14. Hospital Tuanku Ja’afar
  15. Hospital Umum Kuching
  16. Hospital Queen Elizabeth
Hkl22 1503363854
sumber: nst

Kadar bayaran pulak berbeza ikut jenis pengguna, sama ada pengguna baru atau pengguna lama.

  1. Pengguna Baru = RM4 untuk empat tempahan
  2. Pengguna Kini / Sedia Ada = RM4 untuk dua tempahan

And yang paling penting untuk korang dapatkan diskaun ni adalah sudah semestinya kod promosi! Kalau tak macam mana nak guna, kan? So kod promosi yang korang boleh guna adalah GRABMOH.

Apa lagi korang, cepat la guna kod promosi ni!

Baca: Seram! Pemandu Grab Psiko Tak Pasal-pasal Bawa Gadis Lalu Kawasan Perkuburan Pukul 1 Pagi

123

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.