in

“Ramai anggap rekaan semata-mata tapi..” – 10 Filem Seram Ini Diadaptasi Daripada Kisah Benar

Filemseram2 E1631413573557

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang minat filem bergenre seram, pasti filem-filem ini korang familiar. Untuk anak-anak muda pula mungkin ada filem yang dikongsikan oleh @fadfryyy_ ni korang belum pernah dengar.


Filem-filem ini rupa-rupanya diadaptasikan daripada kisah benar rupanya. Ada yang kita dah tahu, ada juga kita tak pernah dengar. Bali dah baca perkongsian ni rasa excited pula nak tonton video ni hujung minggu nanti.

Filem-filem seram ni tak spesifikasi pada cerita hantu je tau, ada juga cerita-cerita pembunuhan kejam yang boleh buatkan korang meremang.

 

1. THE CONJURING

Eck2E Kuiaa2Cga

The Conjuring adalah filem sebuah rumah berhantu, filem ini berdasarkan kepada kes-kes dan rakaman penyiasat mistik/paranormal iaitu Lorraine dan Ed Warren.

Mereka dipanggil bagi membantu ahli keluarga Perron ,rumah yang baru sahaja mereka beli dan dilaporkan rumah itu berpenghuni (berhantu).

Lorraine kemudian menghubungi pembuat filem pada masa itu bagi memastikan mereka menggambarkan dengan tepat tentang apa yang berlaku di situ.

Ada beberapa cerita mengatakan bahawa, Bathsheba Sherman pernah tinggal di rumah itu dan dianggap sebagai ahli sihir oleh jirannya dan dikhabarkan membunuh anaknya dengan jarum mengait.

Sekitar tahun 1971, dan pada ketika itu Carolyn Perron sedang berbaring di atas sofa.

Secara tiba-tiba dia mula merasa kesakitan pada betisnya seperti dicucuk.

Kakinya berdarah kesan daripada tusukan itu. Carolyn melihat keadaan sekeliling namun tiada benda yang mencederakannya.

Andrea, anak perempuannya menggambarkan sebagai bulatan yang sempurna, “seolah-olah jarum besar menembusi kulitnya”.

Ada sejarah yang menyeramkan di bandar itu yang menyatakan bahawa sebelum keluarga itu berpindah ke rumah tersebut, terjadi beberapa kejadian ngeri yang berlaku di rumah itu (bunuh diri, seorang diracun, dua orang dilemaskan, empat orang dibekukan sehingga mati, kes rogol dan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun).

Lelaki yang dahulunya pemilik rumah itu menasihatkan mereka yang berpindah ke situ agar membiarkan lampu di rumah itu sentiasa terpasang.

Berdasarkan pengalaman mereka sendiri, mereka terhidu bau yang busuk, tempat tidur yang terapung dan pemilikan rohani (penghuni lain).

Andrea yakin, bahawa penyewa rumah yang lain mungkin mengalami pengalaman yang sama seperti mereka.

Pemilik itu mendakwa terdengar bunyi orang bercakap di bilik lain, pintu bilik tertutup dan terbuka. Namun tiada penjelasan saintifik yang menyatakan kejadian paranormal ini.

 

2. OPEN WATER

Eck4Swuuwaac1Ni

Filem seram , Open Water adalah sebuah kisah seram tentang pasangan yang sedang bercuti dan telah menyertai misi menyelam bersama dengan pasukan penyelam.

Dipendekkan cerita, mereka terpisah daripada kumpulan penyelam itu dan mula bergerak secara sendiri.

Setelah tiba dipermukaan air, kapal yang mereka naiki untuk ke tempat itu telah pergi meninggalkan mereka.

Mereka berdua tertinggal di tengah lautan, terdedah kepada hidupan laut dan penghuninya.

Filem ini berdasarkan daripada kisah benar (Tom dan Eileen Lonergan), pasangan rakyat Amerika yang ditinggalkan dengan cara yang sama.

Berdasarkan cerita, mayat mereka tidak pernah ditemui, tetapi peralatan selam mereka ditemui terdampar , terletak beberapa meter dari sana.

Nelayan mencari peranti komunikasi bawah laut, yang dilaporkan

(Kepada sesiapa yang dapat membantu kami: Kami telah ditinggalkan di Reef Agincourt oleh MV Outer Edge. Tolong bantu untuk menyelamatkan kami sebelum kami mati. TOLONG!)

Akibat kelalaian itu, syarikat tersebut didenda dan menutup perniagaan mereka.

Akhirnya, kerajaan telah memperkenalkan peraturan yang lebih ketat (kapten dan dive master harus mengesahkan setiap jumlah penyelam yang ada sebelum meninggalkan kawasan menyelam).

 

3. EXORCISM OF EMILY ROSE

Eck5Lyyueaeah3N

Berdasarkan kisah seram yang benar berlaku di jerman pada tahun 1970-an, mengisahkan seorang remaja perempuan yang berusia 19 tahun meninggal dunia akibat luka dan kekurangan makanan akibat ekorisme.

Semasa dia berusia 17 tahun, Anneliese Michel mula mengalami sawan dan dimasukkan ke hospital. Dia didiagnosis dan epelepsi mengikut tahap penyakitnya. Anneliese mula melihat perkara pelik dan mendakwa mendengar suara-suara yang memberitahunya untuk direbus di neraka.

Pelbagai bantuan yang dilakukan oleh ibu bapanya dengan meminta bantuan daripada paderi, namun ditolak kerana penyakit anak mereka sukar untuk dirawat. Keadaannya semakin teruk sehingga cuba untuk menghina dan menyerang keluarganya.

Anneliese menolak untuk makan kerana kerana iblis melarangnya untuk makan. Dia tidur di lantai batu, makan labah-labah dan juga meminum air kencingnya sendiri. Dia menjerit dan memusnahkan mana-mana salib atau benda-benda keagamaan yang ditemuinya.

Gereja Katolik akhirnya bersetuju dan melakukan sesi rawatan yang dijalankan 2 kali seminggu sekitar 1975 dan 1976. Sehingga satu masa, Anneliese mula menderita penyakit radang paru-paru dan mati.

Ibu bapanya dan mereka yang terbabit dalam rawatan didapati bersalah kerana melakukan kecuaian dan dipenjara selama 6 bulan. Ibunya menyatakan bahawa,

“Dia(Anneliese) mati untuk menyelamatkan jiwa lain yang hilang, untuk menebus dosa-dosanya”.

 

4. Annabelle

Eck686Sueaajvtm

Sekitar tahun 1970, seorang mahasiswa Donna dihadiahkan sebuah boneka Raggedy Ann oleh ibunya sempena ulang tahun kelahirannya.

Pada awalnya, donna dan Angie (rakan sebilik donna) tidak mengetahui kisah berkenaan boneka itu, sehinggalah boneka itu mula bergerak dengan sendirinya.

Pergerakan boneka itu pada mulanya agak tidak ketara namun selepas itu, boneka berhantu itu mula menghilangkan diri dan muncul semula di bilik yang berlainan.

Episod hitam bermula, dimana rakan Donna (Lou) merasakan sesuatu yang aneh tetapi gadis itu tidak mempercayainya.

Berlakulah pelbagai kejadian aneh. Donna menemui nota di dalam rumah tersebut yang bertulis “bantu kami”.

Donna kemudian kembali ke rumah untuk mencari boneka itu di tempat tidurnya. Kelihatan darah ditangan dan dadanya, yang sepertinya mengalir keluar dari boneka itu.

Seorang (pakar mistik) menjelaskan bahawa ada seorang gadis bernama Annabelle Hinggins yang berusia 7 tahun telah meninggal dunia di daerah tersebut sebelum bangunan pangsapuri mereka dibina.

Pada masa boneka itu masuk ke rumah, semangat Annabelle masuk ke sana

Semangat itu mempercayai Donna dan Angie dan hanya ingin tinggal bersama mereka.

Semenjak itu, Lou seringkali mengalami mimpi buruk. Dia tidak boleh bergerak saat Annabelle memanjat tubuhnya, mencakar dan mencekiknya.

Beberapa hari selepas itu, Angie dan Lou mendengar ada sesuatu gerakan dari bilik Donna.

Lou membuka pintu bilik itu dan mendapati Annabelle telah berpindah tempat tidur ke sudut jalan.

Apabila Lou mendekatinya, tiba-tiba dia merasakan rasa sakit di dadanya, dan meninggalkan kesan cakar ditubuhnya.

Mereka mengambil keputusan untuk memanggil penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine (PENYIASAT THE CONJURING).

Mereka membuat satu kesimpulan bahawa iblis yang memanipulasi boneka itu dan membuatnya kelihatan seolah-olah memiliki roh bertujuan untuk memiliki jiwa Donna.

Akhirnya, seorang pendeta dipanggil bagi menghalau hantu Annabelle di pangsapuri itu.

Warrens membawa boneka itu ke sebuah muzium dan disitulah tempat tinggalnya sehingga hari ini.

Boneka Annabelle disimpan dalam sebuah pintu berkunci. Warrens mendakwa iblis itu masih ada bersama boneka itu.

Ada beberapa saksi menyatakan disebalik misteri boneka Annabelle.

Seorang pengunjung melawat muzium Warrens dan mengetuk peti kaca itu, dengan niat mencabar roh Annabelle.

Pengunjung itu segera dihalau dari muzium itu. Kira-kira 3 jam selepas itu, pengunjung itu meninggal dunia ketika menunggang motosikal disebabkan hilang kawalan dan jatuh.

 

5. THE TEXAS CHAIN SAW MASSACRE

Eck9Qebu8Aeyzw0

Kisah seram ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Ed Gein, dibesarkan dalam suasana kehidupan yang teruk.

Ayahnya adalah seorang kaki botol dan selalu memukul adiknya, Henry. Ibunya pula adalah seorang yang taat dan berpegang teguh kepada agama.

Beliau sentiasa mengajar anaknya tentang keagamaan dan menanamkan rasa takut pada Tuhan.

Ibunya juga mengingatkan kepada mereka agar tidak mempunyai rasa percaya dengan wanita.

Ed dan Henry dilarang sama sekali untuk mempunyai rakan-rakan dan dikenakan hukuman jika mempunyai rakan , lagi-lagi jika bercinta dengan perempuan.

Pada tahun 1940, Ayah Ed meninggal akibat serangan jantung. Selang 4 tahun selepas itu, adiknya Henry meninggal dalam kebakaran di ladang keluarganya dan pada tahun 1945 ibunya meninggal dunia.

Kehidupan Ed mula sunyi dan mengalami tekanan mental.

Ed mula mengasingkan dirinya dalam bilik dan mengambil upah kerja sambilan.

Ed banyak menghabiskan masanya untuk membaca tentang NAZI dan kannibalisme.

Kehilangan Bernice Worden menjadi tanda tanya, pihak polis mengesyaki Ed adalah suspek utama kerana dia adalah orang terakhir yang melihatnya.

Ketika misi mencari Bernice dijalankan, mereka menemui mayat Bernice yang telah dipenggal dan digantung di kawasan lombong.

Mereka menyerbu rumah Gein, apa yang mereka temui adalah sangat mengerikan.

Terdapat kerusi yang diperbuat daripada kulit manusia, tengkorak, dan tali pinggang diperbuat daripada buah dada manusia.

Terdapat juga korset, legging, pakaian, bahkan topeng yang diperbuat daripada kulit manusia. Gein berusaha mencipta ” baju ” yang kelihatan sama yang dipakai oleh ibunya.

Gein akhirnya dihantar ke hospital sakit jiwa atas jenayah berat dan meninggal pada tahun 1984.

 

6. Deranged 1974

Eck Fkbvuaa059B

Kisah pembunuh bersiri sekaligus si pengumpul koleksi mayat, Ed Gein menarik banyak pihak untuk menjadikan dari kisahnya kepada filem.

Ada tiga filem yang terinspirasi dari Ed Gein, ketiga filem itu adalah Deranged, Psycho, dan The Texas Chainsaw Massacre. Ketiga filem itu berhasil menarik banyak penonton untuk menonton. Ed Gein memberikan kita contoh bahawa jangan mencintai seseorang itu secara berlebihan.

Ed Gein yang kehilangan ibunya dan kerana sayang kepada ibunya , Gein tidak kuburkan ibunya tersebut secara normal.

Gein menyimpan tubuhnya , memberinya baju, dan memperlakukannya seperti ibunya masih hidup.

 

7. Psycho (1960)

Eclawnlvaaao8Cm

Filem Psycho di tahun 1960 menceritakan kisah lelaki psycho dalam filem bernama Norman Bates yang secara kejam membunuh kekasihnya , 10 tahun yang lalu.

Bates kemudian menyembunyikan mayat kekasihnya , ibunya dan menjaga seperti mereka berdua masih hidup. Kisah ini adalah kisah yang diambil dari kisah nyata.

Psycho mengadaptasi kisah dari Ed Gein, seorang pembunuh bersiri yang sangat terkenal.

Gein menggali mayat dari kuburan dan memperlakukan mereka seperti mereka masih hidup.

Dari hasil pemeriksaan, diketahui bahawa Gein memiliki obses dan gila setelah kehilangan ibu tercintanya. Kisah gila Ed Gein inilah yang menjadi inspirasi filem Psycho.

 

8. The Haunting in Connecticut 2009

Eclbhiou8Aiqq1F

The Haunting in Connecticut menceritakan seorang ibu dan anaknya yang menderita kanser.

Kerana harus mendapatkan rawatan yang intensif, mereka harus pindah ke Connecticut.

Supaya boleh ke hospital dengan cepat , si ibu menyewa sebuah rumah.

Dia menyewa rumah tersebut tanpa ambil tahu bahawa ada sejarah gelap di rumah tersebut.

Rumah tersebut diduga menjadi tempat melakukan ritual.

Filem tersebut ternyata diambil dari kisah suami isteri Ed dan Lorraine Warren.

Ed dan Lorraine, mereka berhasil mengungkap apa yang terjadi di rumah itu sebelumnya.

Rumah tersebut ternyata tempat melakukan ritual yang berhubungan dengan mayat. Tak hairan la kenapa orang yang tinggal di rumah tersebut mendapat gangguan ghaib.

 

9. Amityville Horror (1979)

Eclbzw7Vaaamtch

Kisah benar The Amityville Horror diambil dari kisah detektif paranormal, Ed dan Lorraine Warren.

Ed dan Lorraine Warren memang memiliki banyak kisah paranormal yang mereka jalani dan terungkap . Dan salah satunya adalah The Amityville Horror ini. Dan yang originalnya ditayangkan pada tahun 1979.

Kisah The Amityville Horror mengisahkan pengalaman horror dari keluarga Lutz. Keluarga Lutz pindah ke rumah baru di Amityville, New York. Setelah beberapa hari tinggal, mereka mengalami sejumlah kejadian yang susah dipercayai dengan waras.

Setelah mencari tahu, ternyata rumah tersebut adalah rumah bekas Robert DeGeo, seorang lelaki yang membunuh seluruh keluarganya dengan kapak.

 

10. The Exorcist (1973)

Eclccekvaaat9T2

Filem tentang menghalau syaitan memang sangat banyak. Tapi yang paling menarik adalah filem menghalau syaitan yang dibuat pada tahun 1973 iaitu The Exorcist.

Filem ini dianggap sangat menakutkan sehingga boleh membuat siapa pun yang menontonnya ketakutan.

Filem seram ini ternyata dibuat berdasarkan kisah benar.

Kisah The Exorcist diambil dari kisah benar yang beritanya ditampilkan di The Washington Post tahun 1949.

Kisah seorang budak lelaki 14 tahun bernama Robbie yang dirasuk kerana bermain papan Ouija.

Papan Ouija adalah permainan yang bertujuan untuk memanggil dan berinteraksi dengan makhluk halus. Akibat bermain permainan tersebut Robbie mula mengalami banyak kejadian aneh.

Dari benda bergerak sendiri sampai kerasukan. Robbie kemudian menjalani pemeriksaan di rumah sakit jiwa.

Sedangkan sebahagian orang yakin bahawa Robbie diganggu makhluk halus.

 

Baca : Gonjiam: 7 Fakta Filem Seram Korea Mengenai Hospital Sakit Jiwa Yang Berhantu

Gonjiam

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.