in

“Jangan politikkan lagu ini” – Mawi

Rossymawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Jangan politikkan lagu ini" - Mawi
Loading
/

Lagu apa best sekarang gais? Korang pernah dengar tak lagu nyanyian Mawi dan isteri bekas Perdana Menteri ke-6 kita ni?


Menurut Malaysiakini, Mawi terkejut apabila satu klip video lagu duet nyanyiannya bersama Datin Seri Rosmah Mansor tiba-tiba jadi tular lepas Pilihan Raya Umum ke-14 berakhir.

 

Lara Jiwa, lagu duet Mawi bersama Rosmah

Lagu berjudul Lara Jiwa dendangan Mawi dan Rosmah ni actually dihasilkan tahun 2005 lagi.  Lara Jiwa dicipta oleh Pak Ngah dan lirik digubah oleh Siso.

“Menerusi lagu ini, kali pertama saya bekerjasama dengan orang kenamaan selepas habis Akademi Fantasia 3,” kata Mawi.

Ros2
sumber: youtube

 

“Jangan politikkan lagu ni”

Langsung tak jangka yang lagu ni akan jadi viral dalam talian selepas 13 tahun, Mawi berharap lagu tu tak dipolitikkan oleh mana-mana individu hingga boleh timbul cerita buruk.

“Saya faham negara ini baru menyaksikan berakhirnya PRU14, justeru apa saja aktiviti berkaitan artis yang membabitkan seseorang berpangkat suatu ketika dulu akan diteliti mereka termasuk lagu ini.”

“Saya berharap walaupun lagu berkenaan menjadi viral dalam talian, ia tidak akan dipolitikkan atau pun disalah ertikan.”

 

Lagu untuk tabung bencana

Mungkin ramai tak tahu lagu ni sebenarnya dirakam bagi menjayakan Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah suatu ketika dulu. Menepis kata-kata tidak sedap dengar orang ramai, Mawi menafikan yang dia mempunyai kepentingan peribadi dalam mana-mana parti politik.

“Ini adalah sesuatu yang bagus, tetapi ada pihak yang telah mempolitikkan lagu itu dan pada masa sama menggunakan perkataan yang tidak wajar.”

“Saya ingin menegaskan bahawa kita tidak perlu lupa kebaikan dilakukan oleh orang lain.”

Ros0
sumber: youtube

Hmm betul tu. Jangan lupa dengan kebaikan yang pernah diberikan dan tak perlulah kita buruk-burukkan sesiapa dalam hal ni. Papepun jom layan dulu lagu ni.

Sumber: Youtube

Baca: Rosmah Cuba Sorok Beg Birkin?

Oka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.