in

“Jangan pasal orang lain typo, aku yang kena tidur luar…” – Netizen Terhibur Dengan Tweet Zahiril Adzim

Zahiril Tidur Luar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014, Dyana Sofya Mohd Daud dengan pasangannya,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari.



Menurut Harian Metro, Zairil, 36, EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang dan Dyana, 31, telah bertunang pada Mac lalu di sebuah hotel di Ipoh.

Dyana Sofya
sumber: harian metro

Di sebalik kisah perkahwinan mereka berdua yang jadi bualan ramai, tweet Zahiril Adzim juga dah tarik perhatian ramai netizen dekat Twitter, semalam.

Sebuah portal berita rupanya dah tersalah nama Zairil dengan Zahiril. Pelakon One Two Jaga ni kemudian ada update tweet yang mencuit hati dan buat ramai warga Twitter terhibur.

“Tak sekarang ni nama dia Zairil, bukan Zahiril. Zahiril tu aku. Bila masa aku kahwin lain pulak ni. Jangan pasal orang lain typo, aku yang kena tidur luar. ?”

Dyana Kahwin
sumber: twitter

Semua sedia maklum yang Zahiril adalah suami kepada Shera Aiyob dan bapa kepada si comel Nadi Anaqi. Walau bagaimanapun, Zahiril ada ucapkan tahniah kepada dua mempelai dan mendoakan pasangan tu kekal bahagia.

Bob Shera
sumber: instagram

Ramai pengguna Twitter yang terhibur dan dapat ‘tangkap’ punchline yang cuba disampaikan Zahiril atau lebih mesra dipanggil Bob ni. Korang terhibur jugak tak?

Netizen 1

Netizen 2
sumber: twitter

Tapi, ada juga netizen yang mempersoal kredibiliti portal berita terkenal tu yang tak sepatutnya buat kesalahan kecil macam ni. Betul juga tu kan…

Utusan Online
sumber: twitter

So Zahiril, kena tidur luar ke tak? ?

Baca: “Eh bodoh…” – Video Lawak Wartawan Melatah Tengah Interview Zaquan Adha Akan Buat Korang Tergelak

Interview Melatah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.