in

“Eh bodoh…” – Video Lawak Wartawan Melatah Tengah Interview Zaquan Adha Akan Buat Korang Tergelak

Interview Melatah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Eh bodoh..." - Video Lawak Wartawan Melatah Tengah Interview Zaquan Adha Akan Buat Korang Tergelak
Loading
/

Satu video mula tersebar di Whatsapp dan Twitter sejak semalam, buat ramai orang terhibur dan tergelak. Rakaman tu menunjukkan Zaquan Adha tengah jawab interview daripada seorang wartawan berita.


Apa yang buat orang tergelak is because, ketika kapten Harimau Malaya tu tengah nak jawab soalan, wartawan tersebut melatah!

Eh bodoh!”

Itulah yang disebut wartawan dikenali sebagai Zulhelmi Zainal tu sebelum tersenyum, membuatkan Zaquan pun geli hati. Pada mulanya, Zaquan cuba teruskan bercakap nak jawab soalan tapi beberapa saat lepas tu, dia sendiri pun tergelak.

Disebabkan tu, sesi interview terganggu dek kerana Zaquan yang tak dapat tahan gelak. Tapi, nasib baiklah interview tu tak dibuat live.

Zaquan
sumber: astro

Soalan yang ditanya Zulhelmi kepada Zaquan tu adalah komen daripada kenyataan penjaga gol pasukan bola sepak Thailand, Chatchai Budprom. Ketika satu sesi bersama media, dia berkata,

Hari ini, saya mahu ucap selamat malam kepada mereka dan moga dapat tidur lena kerana esok kami akan bagi mimpi ngeri (buat pasukan Malaysia).”

Chatchai
sumber: blog

Amaran tu mendapat perhatian ramai terutamanya pasukan bola sepak kita dan penyokong tegar Harimau Malaya. Perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung Sabtu lepas di Stadium Bukit Jalil menyaksikan Thailand dan Malaysia seri 0-0.

Menjelang perlawanan separuh akhir kedua yang akan berlangsung malam ni di Stadium Rajamangala, Bangkok jam 8 malam, Safawi Rasid memberi janji skuad negara akan mencuba sehabis baik bagi melayakkan mereka ke peringkat akhir.

Thai Msia

Malaysia
sumber: blog

Good luck buat skuad Harimau Malaya! Apa apa pun admin terhibur dengan wartawan tu ?

Baca: [VIDEO] Pogba Ejek England, Jadi Bahan Ketawa

Page Pogba 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.