in

“Duit waktu ni boleh jadi saham akhirat” – Ustaz Ebit Lew Beli 10,000 Topeng Muka Untuk Disedekahkan

Untitled Collage 63 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, teramat susah nak dapatkan walau sekeping topeng muka di farmasi sekarang ni. Kalau bernasib baik jumpa, harganya mungkin tak masuk akal.


Tapi dalam keadaan terdesak disebabkan oleh darurat kesihatan ketika ini, ada yang sanggup membayar lebih — asalkan dapat memberi perlindungan tambahan kepada diri dan keluarga masing-masing.

Menyedari keperluan topeng muka dalam situasi genting disebabkan penularan COVID-19, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kerja-kerja amalnya mendampingi anak-anak muda di jalanan — tampil melaksanakan tanggungjawab sosial kepada orang ramai.

Dalam perkongsian di laman Facebooknya semalam, Ustaz Ebit memuatnaik sekeping gambar menunjukkan beliau sedang memasukkan sekotak topeng muka ke dalam plastik untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan.

Puas fikir nak cari mana bila dengar banyak mask dah tiada. Semua tugas utama yang perlu berada di jalan, banyak…

Posted by Ebit Lew on Saturday, March 21, 2020

 

Katanya, selepas puas bertanya dan mencari bekalan topeng muka tersebut — beliau akhirnya berjaya membeli 10,000 masks dari beberapa individu yang menjual walaupun harganya sedikit mahal dari kebiasaan.

“Duit waktu ni boleh menjadi saham akhirat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan sihatkan semua kawan-kawan saya di semua hospital dan bantulah kami semua ya Allah.”

Kesemua topeng tersebut telah pun diedarkan ke beberapa lokasi menggunakan perkhidmatan rider. Perkongsian Ustaz Ebit ini mendapat perhatian dengan lebih 41k likes dan 2k komen dari para netizen, yang rata-ratanya memuji tindakan mulia beliau.

 

Baca: “Ustaz Adam in real life” – Ke Lorong Untuk Berdakwah, Usaha Ebit Lew Dipuji

Capture 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.