in

“Jangan keluar rumah”- Polis

Pdrm Cautions Msians To Stay Home After Voting To Wait For Ge14 Results World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini tinggal kurang dari 24 jam sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) berlangsung esok (9 Mei 2018). Dalam masa yang sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dah bersiap sedia untuk memastikan hari pengundian berjalan dengan lancar dan selamat bagi pengundi-pengundi laksana tanggungjawab sekali dalam tempoh 5 tahun ni. 


Pdrm Advise Msians To Head Home Immediately After Voting And Wait For Results World Of Buzz
sumber: wob

 

Lepas mengundi terus pulang rumah

Namun menurut WORLD OF BUZZ, PDRM jugak ada berpesan kepada semua pengundi supaya tak berkeliaran di kawasan tempat mengundi dan cepat pulang ke rumah lepas selesai buang undi. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah berkata, pengundi harus pulang ke rumah sebaik selesai mengundi, jangan libatkan diri dengan sebarang perhimpunan dan tunggu sehingga keputusan PRU keluar di rumah. 

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia patut keluar awal untuk mengundi dan kalau nak elak daripada kesesakan jalan raya, mereka dicadangkan berkongsi kereta ke tempat mengundi. Sepanjang PRU berlangsung, PDRM akan lakukan persediaan penting untuk memastikan semuanya lancar esok.

Pdrm Cautions Msians To Stay Home After Voting To Wait For Ge14 Results World Of Buzz
sumber: wob
Pdrm Cautions Msians To Stay Home After Voting To Wait For Ge14 Results World Of Buzz 2
sumber: wob

 

Lebih 68,000 anggota polis ditugaskan seluruh negara

Buat masa sekarang, PDRM telah tugaskan lebih kurang 68,000 anggota polis untuk awasi tempat mengundi di seluruh negara dan lebih ramai lagi anggota akan dihantar kat ‘kawasan panas’ kot-kot kalau ada perkara yang tak diingini berlaku. Semalam (7 Mei), lagi 10,000 anggota polis tambahan dan pasukan khas seperti Unit Rizab Persekutuan, Pasukan Gerakan Am, PULAPOL, Polis Marin dan Unit Udara PDRM dihantar ke pelbagai kawasan. Wow habis semua jentera polis digunakan ni!

Dalam masa sehari saja lagi sebelum hari mengundi esok, PDRM kini katanya sedang handle lebih kurang 227 siasatan atas kesalahan yang dilakukan semasa tempoh berkempen, tapi setakat ni tak ada kes serius.

Pdrm Cautions Msians To Stay Home After Voting To Wait For Ge14 Results World Of Buzz 3
sumber: wob

So korang dah ready nak mengundi? Jangan lupa bangun awal esok untuk elak bersesak ke pusat mengundi! 

Baca: Keliru? Ini 7 Tips Bagi Korang Yang First Time Nak Pergi Mengundi

Undi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.