in

Keliru? Ini 7 Tips Bagi Korang Yang First Time Nak Pergi Mengundi

Ap02
HULU SELANGOR 05 May 2013. Orang ramai melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menbuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa. NSTP/Chan Wai Yew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru pagi tadi pihak SPR dah pun umumkan yang rakyat Malaysia confirm boleh mengundi pada 9 Mei 2018 akan datang ni. Jadi bagi korang yang mungkin sudah kali kedua, ketiga ataupun paling legend dah lima kali mengundi mesti dah faham proses-proses yang korang perlu lalui sebelum tarikh mengundi.


Tapi bagi remaja yang first time mengundi, mesti korang rasa agak excited tapi pada masa yang sama takut jugak sebab every vote counts dan boleh bawak perubahan besar kepada negara – terutamanya PRU14 ni! So ini tujuh tips khas buat mereka yang first time mengundi PRU kali ini.

 

1. Semak diri takut ada pengundi hantu

Bila pihak SPR dah buat pengumuman tarikh mengundi, perkara pertama yang korang perlu buat ialah semak diri sama ada korang ni dah daftar mengundi ke belum. Kalau sudah daftar tahun lepas atau awal tahun ni, korang tak perlulah risau sebab nama korang dah ada dalam sistem. Nak check benda ni mudah je. Buka laman web pengundi.spr.gov.my dan masukkan nombor IC.

Semakan ni penting tau untuk pastikan nama korang hanya ada kat satu tempat je. Kalau ada dua tempat maknanya ada pengundi hantu yang gunakan nama korang untuk mengundi. Bahaya! 

Sprm
sumber: blog

 

2. Kenal pasti siapa DUN dan Parlimen

Masa semak nama korang kat laman SPR, kat details tu ada tertulis kat mana DUN dan Parlimen korang. Jangan terkeliru dengan dua benda ni.

  • DUN: Untuk tentukan Kerajaan Negeri
  • Parlimen: Untuk tentukan Kerajaan Persekutuan

Macam contoh, korang tinggal di Keramat dan DUN korang ialah di Hulu Kelang. Manakala Parlimen korang pulak di Gombak.

Kedua-dua DUN dan Parlimen diwakili oleh orang yang berbeza tau. Whoops jangan keliru! Sebabnya kalau ikut PRU13, DUN Hulu Kelang diwakili Tuan Haji Saari bin Sungib dan Parlimen Gombak pula diwakili MB Selangor, YB Mohd Azmin bin Ali. Jadi korang mesti kenal siapa yang korang nak undi nanti. Jangan tersilap pulak.

Spr 2
sumber: blog

 

3. Hadir ceramah politik

Walaupun korang rasa benci, menyampah dan tak mau terlibat dalam drama mana-mana parti politik, ia adalah tanggungjawab bagi setiap pengundi yang sah kat Malaysia ni untuk ambil tahu manifesto setiap calon terutamanya calon yang bakal wakili tempat korang.

Jangan kerana korang benci dengan sebuah parti tu, apa yang dorang bentang korang pangkah awal-awal dan ejek sama ada benda yang dicadangkan tu boleh berhasil ke tidak. Bukalah mata dan jangan jadi katak bawah tempurung. Lebih elok kita kaji manifesto kedua-dua belah pihak untuk elak pemikiran berat sebelah.

Rimg6658
gambar hiasan

 

4. Jangan terlibat isu provokasi

Menjelang tempoh berkempen nanti, mesti ada puak yang suka-suka nak timbulkan provokasi, pergaduhan dan sengaja cari pasal dengan penyokong parti lawan. Lebih baik kalau korang elakkan diri daripada terlibat dalam isu panas macam ni. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap dengan polis ataupun masuk jel sebab benda kecil. Kalau dah nampak ceramah yang korang hadiri tu bakal bertukar jadi bencana, eloklah balik rumah dan dengar ceramah politik kat Youtube je.

Gg 1
gambar hiasan

 

5. Kenal pasti tempat mengundi

Bila hari mengundi makin dekat, pastikan korang tahu kat mana tempat mengundi bagi kawasan korang. Kawasan mengundi memanglah di Hulu Kelang tapi kat mana tempat nak membuang undinya kan? Selalunya tempat mengundi ni diadakan dekat kawasan besar dan ada banyak bilik macam sekolah ataupun dewan. Kalau korang tak pasti, tanyalah jiran dan pihak SPR sendiri. Selalunya pihak SPR ada list lengkap bila hari mengundi makin dekat.

Pusat Mengundi Awal Prk Permatang Pauh 0
gambar hiasan

 

6. Datang awal hari mengundi

Memandangkan hari mengundi jatuh pada hari Rabu (9 Mei) iaitu hari bekerja, baik korang rancang elok-elok waktu yang sesuai nak keluar mengundi. Majikan kat tempat kerja pastinya akan allocate masa tertentu untuk benarkan pekerjanya keluar pergi mengundi. Bagi yang dapat pelepasan dalam waktu yang singkat, pastikan korang keluar awal untuk elak masuk opis lambat. Ps: Majikan yang tak bagi pekerja keluar mengundi boleh didenda RM5,000!

Lagi satu, elok jugak keluar mengundi awal pagi sebab kalau pergi tempat mengundi waktu petang, korang kena beratur panjang hampir dua ke tiga jam dalam panas. Kan leceh tu? Nasihat kami, bawalah kipas elektronik, air dan topi untuk elak kena panas terik.

gambar hiasan

 

7. Undi adalah rahsia!

Undilah mana-mana calon yang korang rasa sesuai dan dapat menjamin masa depan masyarakat nanti. Jika tak berapa pasti nak undi siapa, jangan jadi rakyat yang tak bertanggungjawab dengan buat undi rosak. Hei buat malu je tau! Bagi yang tak paham undi rosak tu ape, ia ialah keadaan di mana pengundi pangkah dua calon sekali dalam satu borang.

Apa yang lagi penting, undi adalah rahsia. Tak perlu kecoh sekampung bagitahu korang undi siapa. Senyap-senyap lakukan tugas anda dan pulanglah dengan senang hati untuk tunggu apa keputusannya malam nanti.

Image 4
gambar hiasan

Papepun semoga PRU14 ini berjalan dengan lancar dan telus tanpa sebarang drama atau kekacauan yang membahayakan orang awam. Ingat! Every vote counts tau! 

Baca: 9 Kejadian ‘Panas’ Berlaku Semasa Pilihan Raya Umum di Malaysia 

Pru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.