in

“Jangan jadi bodoh!” – Ramai Lelaki Pancing ‘Awek Gomen’ Untuk Jadikan Isteri Sebab Senang Dapat Loan?

Awek Gomen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terpapar di dada akhbar baru-baru ini satu berita yang ditulis oleh wartawan Yusmizal Dolah Aling tentang isu sesetengah golongan lelaki bertajuk – Kahwin Ada Makna, Pancing ‘Awek Gomen’.


Seolah-olah sudah menjadi trend di zaman sekarang kerana mahu mempergunakan golongan isteri untuk kepentingan sendiri. Disebabkan gaji penjawat awam dicampur dengan elaun bulanan, mereka dijadikan target untuk dikahwini.

Selepas bergelar isteri, mereka hanya digunakan untuk membuat pelbagai pinjaman bank sedangkan si suami lepas tangan dan bersenang-lenang.”

Gomen
sumber: twitter

Terpanggil untuk berkongsi kisah tentang isu ini, seorang pengurus pembiayaan peribadi kakitangan awam bercerita tentang pengalamannya berdepan dengan situasi terbabit sebelum ini. Ceritanya itu mulanya dikongsi di Facebook dan kemudian viral dekat Twitter.

 

“Saya tak nak buat loan tu, tolong tarik balik.”

Pernah handle satu kes loan seorang nurse. Yang hantar application adalah si suami. Isteri dukung anak diam di belakang.

Selang 4 hari si isteri Whatsapp saya. Minta tolong supaya loan tu jangan diteruskan. Saya tanya kenapa? Dia cuma kata, saya tak nak buat loan tu. Tolong tarik balik.”

 

Suami call, suruh proceed je loan. Rupanya sebab…

Lepas daripada tu, dia terima panggilan si suami untuk bertanya tentang status permohonan pinjaman. Bila dapat tahu permohonan dah dibatalkan,

Si suami kata, nanti dia cakap dengan wife dia. Tolong proceed untuk process. Tujuan loan dibuat sebab… nak beli superbike dalam harga RM86,000!

Loan3
gambar hiasan

 

Tak pernah tanggung beri nafkah dan pernah diceraikan

Seminggu kemudian, si isteri call dan minta jumpa dekat luar. Masa tulah, dia luahkan semuanya.

Merayu-rayu pada saya mintak tolong. Katanya tolong kesian pada dia. Si suami tak pernah tanggung beri nafkah utk dia & anak-anak. Pernah diceraikan & si suami datang balik untuk rujuk dengan alasan anak masih kecil.”

 

Suami ada skandal dengan perempuan lain

Gomen1
sumber: twitter

Saya check Whatsapp, terpampang gambar si suami dengan perempuan lain mesra berpeluk.”

Gomen2
sumber: twitter

 

Jadikan pengajaran

Awek awek gomen. Sila berhati-hati. Jadikan kisah puan nurse ini sebagai pengajaran.”

Gomen3
sumber: twitter

 

Baca: “Inilah suami yang bengap!” – Lelaki Merungut Dekat FB Cakap Buruk Pasal Isteri, Netizen Kecam Balik Sebab…

Suami Merungut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.