“Inilah suami yang bengap!” – Lelaki Merungut Dekat FB Cakap Buruk Pasal Isteri, Netizen Kecam Balik Sebab…

Jadikan sumber pilihan di Google
“Inilah suami yang bengap!” – Lelaki Merungut Dekat FB Cakap Buruk Pasal Isteri, Netizen Kecam Balik Sebab…

Tak dinafikan zaman sekarang memang zaman tabur duit, kan? Mana tidaknya, harga barang makin naik dan perbelanjaan bulanan pun semakin meningkat.

Barang dapur je kalau beli untuk stok sebulan tu boleh mencecah ratusan ringgit. Tapi, seorang lelaki baru-baru ni kena kecam dengan netizen sebab merungut pasal isteri di Facebook.

Barang1
Gambar hiasan

 

Isteri tak pandai berjimat?

Melalui posting lelaki tu, dia merungut yang isteri dia tak pandai berjimat menggunakan barang dapur. Barang dah beli siap-siap untuk sebulan penggunaan tapi tak sampai seminggu dah habis.

Tapi bukan sebab dia cakap buruk pasal isteri je yang buat netizen marah but rupanya duit yang dia bagi tu sikit sangat! Memang padanlah dengan barang dapur untuk seminggu je.

Kita bagi duit RM100 untuk beli barang dapur sebulan, tak sampai seminggu dah habis. Susah kalau dapat bini yang tak pandai berjimat ni. Makan nak have have je.”

Bini1
Sumber: Twitter

(Have have = yang mahal, berduit)

 

Ayam je dah berbelas ringgit!

Sejujurnya admin sendiri kalau beli barang dapur untuk stok sebulan dekat Tesco tu semuanya mencecah RM400 tau! Macam mana dia boleh bagi RM100 untuk cover sebulan punya barang?

Iyelah, ayam seekor pun dah berbelas ringgit lepas tu kalau untuk sebulan mana nak cukup seekor. Belum kira ikan, sayur dan semua barang dapur yang lain.

Barang2
Gambar hiasan
Barang3
Gambar hiasan

Sebab tu netizen dekat Twitter kecam lelaki ni sebab cuma letakkan bajet RM100 untuk barang dapur. Lepas tu bila tak cukup nak put the blame dekat isteri kononnya tak pandai berjimat. Apooooo.

 

“Ini salah satu contoh suami yang bengap.”

Bak kata salah seorang netizen dekat Twitter tu, kalau bagi RM100 dekat pelajar uni pun boleh habis dalam masa seminggu.

Lagi pula sekarang dah tak sama macam tahun 80-90an dulu yang boleh penuh troli dengan RM50 belanja je. Heaven kan kalau sekarang pun macam tu?

Netz Kecam
Sumber: Twitter

 

Selalu merungut dan kutuk isteri dekat Facebook?

Ada netizen tunjuk screenshots status lelaki ni dekat Facebook memang dia jenis selalu merungut pasal isteri dia sendiri. Paling geram, dia boleh cakap isteri dia ni memang menyusahkan!

Bini2

Bini3
Sumber: Twitter

Hmmmmmm, makan nasi dengan garam jela bang…

Baca: “Orang have2 mana cukup RM500” – Noor Nabila Beri Alasan Ingin Cerai Kerana Sharnaaz Hanya Bagi Nafkah RM500 Sebulan?

500 Jah

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Inilah suami yang bengap!” – Lelaki Merungut Dekat FB Cakap Buruk Pasal Isteri, Netizen Kecam Balik Sebab…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/inilah-suami-yang-bengap-lelaki-merungut-dekat-fb-cakap-buruk-pasal-isteri-netizen-kecam-balik-sebab/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen