in

“Jangan bising pulak lepas ni” – PM Cadang Pihak Berkuasa Hadkan Pergerakan Individu Yang Tolak Vaksin

Collage 35 E1613783171229

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, tak lama lagi vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia.


Progam Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini akan dijalankan secara berperingkat dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri akan menjadi orang pertama yang menerima vaksin ini sebelum diberikan kepada frontliners, golongan berisiko tinggi dan seterusnya individu berumur 18 tahun ke atas.

Namun begitu, masih ramai golongan anti vaksin mengatakan yang mereka tak mahu mengambil vaksin yang diberikan oleh kerajaan walaupun ia diberikan secara percuma bagi membendung wabak Covid-19.

Vaksin Pg 3 1536X1096 1

Ekoran ini, Utusan melaporkan individu yang menolak vaksin ini kemungkinan akan dihadkan pergerakan mereka di luar rumah oleh pihak berkuasa.

Ini termasuklah mereka tak dibenarkan untuk memasuki premis perniagaan dan restoran bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini berjaya dijalankan.

Walaupun ramai netizen yang bersetuju dengan keputusan ini, ada juga sesetengah pihak terutamanya golongan anti vaksin atau orang yang ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin ini merasakan tindakan mengumumkan perkara seperti ini boleh menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan rakyat.

Screenshot 2021 02 18 At 4.45.52 Pm Down

 

Baca: Rakyat Malaysia Yang Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Mungkin Boleh Melancong Ke Luar Negara Pada Masa Hadapan – PM

Pm 1

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.