in

Rakyat Malaysia Yang Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Mungkin Boleh Melancong Ke Luar Negara Pada Masa Hadapan – PM

Pm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan mana-mana rakyat Malaysia yang menerima suntikan vaksin COVID-19 bakal memperoleh kelebihan untuk melancong dan mengembara ke luar negara pada masa akan datang.


Ini kerana ada kemungkinan bahawa terdapat negara luar yang akan menetapkan syarat hanya individu yang diberikan suntikan vaksin sahaja boleh memasuki negara mereka, lapor Astro Awani.

 

Diberi percuma, dapat banyak kelebihan

81613052778 Vaksin

Oleh itu, beliau menyarankan agar rakyat Malaysia untuk mengambil suntikan vaksin memandangkan ia diberikan secara percuma oleh kerajaan.

“Untuk jangka masa panjang ia akan memberi kelebihan kepada mereka yang telah menerima suntikan (vaksin).

Saya tidak mahu mengatakan, tetapi (kebarangkalian) pada masa depan, contohnya untuk melancong ke luar negara, yang mana hampir semua penduduk telah menerima vaksin, mereka akan meletakkan beberapa syarat seperti satu dokumen (pengesahan) yang membuktikan anda telah menerima vaksin sekiranya ingin melancong ke negara tersebut.”

Tambahnya lagi, ia mungkin jadi satu penghalang buat mereka yang tidak menerima vaksin kerana boleh merencatkan perjalanan.

Katanya lagi, program vaksinasi juga dijangka akan membantu membangunkan semula ekonomi negara.

 

Baca : TERKINI: Vaksin Covid-19 Tiba Ahad Ini, Perdana Menteri & Frontliners Jadi Penerima Pertama

Vasin Pm

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.