in

Jaga-Jaga! Biskut Ini Disahkan TIDAK HALAL, Mengandungi Ramuan Dari Sumber Babi

Gambar Hiasan 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sememangnya makanan halal sangat dititikberatkan terutamanya bagi umat islam di seluruh dunia. Makanan halal bukan sahaja menjamin bahawa makanan tersebut tiada mengandungi bahan yang haram dimakan umat islam, malah turut memastikan makanan yang disediakan itu bersih dan selamat dimakan.


Namun baru-baru ini, Bahagian Hab Halal Jakim menerusi Facebook mengesahkan produk biskut bijiran yang tular di media sosial itu mengandungi sumber babi dan haram dimakan umat Islam di negara ini. Sesimple-simple makanan pun ada babi guys…

? Info Akhbar Halal Malaysia?Waspada… elak terbeli biskut mengandungi sumber babiKuala Lumpur: Jabatan Kemajuan…

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Rabu, 9 September 2020

Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal Jakim dalam kenyataannya menjelaskan, produk biskut bijirin keluaran syarikat itu sudah disiasat pihaknya susulan gambar penularan gambar produk berkenaan di media sosial.

“Untuk makluman, produk biskut bijirin keluaran syarikat itu bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber babi.

Produk Bijirin Jelas Menggunakan Bahan Ramuan Yang Tidak Halal?"Pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu…

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Rabu, 9 September 2020

Pihak jakim turut menasihati pengguna untuk meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya.

Selain itu, dalam kenyataan Jakim itu turut meminta pengguna Islam mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ia dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan hukum syarak.

 

Baca: AWAS! JAKIM Sahkan Produk Brown Sugar Bubble Tea Keluaran Taiwan Tidak Memiliki Sijil Halal!

1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.