Anak sulung kepada pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail (PU Riz), Muhammad Bilal mencuri perhatian ramai apabila menitipkan ucapan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berhubung keprihatinannya terhadap isu penyembelihan ayam mengikut hukum syarak.
Menerusi satu hantaran video di Instagram, Haris dilihat sedang menerangkan kepada Bilal mengenai kepentingan memilih makanan yang halal dan toyyiban, khususnya melibatkan proses penyembelihan ayam.
Artikel berkaitan: Ayam Dah M*ti Baru Sembelih, Polis Bongkar Gudang Haram Di Puchong & Rampas Ayam Bernilai RM85K
Artikel berkaitan: JAKIM Siasat Isu Video Tular Sembelihan Ayam Didakwa Tidak Sah Di Pasar Pudu
View this post on Instagram
Perkongsian itu mengundang rasa ingin tahu Bilal yang secara spontan bertanya mengenai pemantauan pihak berkuasa sebelum menyampaikan ucapan penghargaan kepada Menteri berkenaan.
“Terima kasih Dr Zul kerana mengambil berat mengenai ayam halal. Adakah Dr Zul memantau?” soalnya.
Menjawab persoalan itu, Haris menjelaskan bahawa Dr Zulkifli telah menjalankan pemantauan serta pemeriksaan terhadap premis penyembelihan ayam bagi memastikan isu berkenaan diberi perhatian sewajarnya.
“Ya, Dr Zul sedang memantau dan tak silap saya dia telah membuat pemantauan terhadap premis penyembelihan,” jelasnya.
Terdahulu, isu bekalan ayam halal menjadi tumpuan susulan serbuan Ops Taring Chiller pada 30 Oktober lalu yang merampas lebih 6.5 tan ayam mentah diproses tanpa pematuhan syarak di Puchong.
Dr Zulkifli turut memaklumkan premis tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan tidak tersenarai dalam rekod pensijilan halal JAKIM, selain tiga syarikat telah dikenakan kompaun RM40,000 atas ketidakpatuhan undang-undang.
Sumber: Gempak
