in

AWAS! JAKIM Sahkan Produk Brown Sugar Bubble Tea Keluaran Taiwan Tidak Memiliki Sijil Halal!

Boba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua mesti suka minum air bubble tea kan ? Tak kisah brand apa sekalipun mesti semua nak rasa sebab air minuman bubble tea ramai penggemarnya. Tapi produk bubble tea ni ada macam-macam keluaran. Ada yang untuk keluaran minuman dan ada untuk keluaran gula-gula.

Rentetan daripada itu, terdapat pelbagai dakwaan yang diterima oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) daripada pengguna media sosial mengatakan produk Brown Sugar Bubble Tea Milk tidak halal.


Setelah diteliti, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana pensijilan halal luar negara yang diktiraf oleh JAKIM.

Pengesahan tersebut dipaparkan di akaun Facebok rasmi JAKIM. Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura itu mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi. 

Jakim

Pengguna jangan keliru, produk yang dimaksudkan ialah Brown Sugar Bubble Tea (Chewy Gummy Ball). 

Bubble

Untuk makluman para pengguna, produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM atau JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan jua perundangan berkaitan yang telah ditetapkan di negara masing-masing.

Oleh itu, pengguna perlu lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih produk keluaran yang diimport dari luar negara.

Baca : “Kau subuh pun tak, nak cakap halal haram pulak” – Lelaki Ini ‘Sound’ Orang Pasal Isu Bubble Tea

Bubble Tea

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.