“Jaga adab, jaga kesihatan” – Akibat Bimbang Penularan Wabak Covid-19, Kenduri Kawin Sediakan Hand Sanitizer

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Wabak Covid-19 adalah wabak pandemik seperti yang diumukan oleh World Health Organization (WHO). Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah menasihatkan orang ramai untuk tidak ke majlis keramaian dan tempat tumpuan orang ramai bagi mengelakkan penularan wabak ini.

Mengambil nasihat kerajaan tersebut dan musim cuti sekolah baru bermula, pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga dan mengadakan kenduri kahwin patut ikut macam yang video ni buat. Cuba korang tengok video oleh @bazlinj kat bawah ni. Benda baik kita kena kongsi untuk jaga kesihatan semua orang.

 

Jaga adab, jaga kesihatan

Begitulah hendaknya adab dijaga . Walaupun kita tahu sekarang ni semua orang tengah berjaga-jaga dari terkena Covid-19 tu, ada eloknya benda macam ni kita amalkan. Tetap beradab sesama orang lain, dan tetap berusaha menjaga kesihatan kita.

Admin rasa kalau ganti air mawar dengan sanitizer pun function gak. Iye lah baru terhindar dari segala kuman dan bakteria. Gittew.

Betul, silaturahim kena jaga. Takpun boleh try jaga dengan cara lain selain salam. Mungkin boleh try Wakanda Forever ke.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk infografik dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan kenduri kahwin musim Covid-19 ni.

 

 

Baca: Lelaki Kongsi Cara Buat Hand Sanitizer Sendiri, Senang Je Rupanya!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.