in

“Jadi PM kali ke-2 menakutkan”

4 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang pemimpin paling tua di dunia, Tun M mengakui bahawa tanggungjawab penjadi Perdana Menteri untuk kali kedua adalah lebih menggerunkan berbanding suatu ketika dulu.


Pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981, Tun M merasakan suasana kerajaan gabungan baharu ini agak berbeza. Ini kerana kerajaan yang dahulu berada dalam keadaan yang kukuh dan jauh berbeza dengan sekarang, lapor Berita Harian.

“Sekarang, saya perlu mengisi Kabinet dan menstruktur semula kerajaan untuk memenuhi manifesto kami (Pakatan Harapan), ia juga perlu selari dengan apa yang dimahukan rakyat.”

1 5
sumber: astro awani

“Ia memang lebih sukar kali ini (berbanding 1981). Ini memang menakutkan. Saya perlu mendengar taklimat dan kemudian mengisi kekosongan jawatan oleh mereka yang tidak saya kenali.”

Tun M juga menegaskan bahawa terdapat banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran terdahulu dan merasakan ada something yang tak kena dari segi pelaksanaan.

“Kita perlu membongkar segala apa yang tidak betul. Kita juga mempunyai pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan sebelum ini.

“Ada antara mereka berperanan secara langsung pada kempen pilihan raya umum lalu dan kita tidak pasti apakah mereka ini setia kepada parti politik atau negara.

“Tugas (sebagai Perdana Menteri) lebih sukar sekarang (berbanding 1981).” 

Pakatan Harapan New
sumber: malaysian times

Apabila ditanya tentang proses pembersihan kerajaan yang dilakukan sekarang, Tun M menjelaskan bahawa tindakan tersebut tidak akan menjejaskan operasi mahupun mengganggu perjalanan pentadbiran.

“Kita akan berhati-hati dalam berbelanja. Segala-galanya akan dilakukan dalam lingkungan pendapatan dan pendapatan kita agak besar ketika ini.

“Kita bernasib baik kerana harga minyak semakin meningkat. Ketika saya menjadi Perdana Menteri dulu, harga minyak ialah AS$30 satu tong, namun kita tidak menanggung beban hutan yang melampau. Semuanya bergantung kepada cara kita berbelanja.”

Image 10
sumber: sinar harian

Semoga Tun M terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk memulihkan negara tercinta.

Baca: Welcome Back Tun!

Tun 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.