in

“Itu hari OKU sedunia, pilih tarikh lain” – PM Umum 3 Disember Hari Batik Sedunia, Netizen Tak Setuju?

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan esok, 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia dan akan disambut pada setiap tahun.


Menurut Ismail Sabri, tarikh tersebut dipilih bagi memberi penghormatan kepada arwah Tun Endon Mahmood isteri kepada perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah mempromosikan industri batik Malaysia ke persada dunia.

Whatsapp Image 2021 12 01 At 8.19.40 Pm

Pada 3 Disember 2003, beliau telah mengambil inisiatif untuk membawa batik tempatan ke pentas dunia.”

“Sila tukar tarikh lain”

Bagaimanapun, ada ramai netizen yang tak setuju dengan pemilihan tarikh ini dan menggesa agar ia ditukar ke tarikh lain.

Ini kerana, tarikh 3 Disember yang dipilih tersebut merupakan tarikh yang sama bagi sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia.

Melalui media sosial, ramai yang meminta agar tarikh ini tak disamakan dengan Hari OKU Sedunia bagi memberikan kesedaran serta sokongan kepada golongan OKU.

Screenshot 2021 12 02 At 2.00.19 Pm Down

Mungkin kerajaan boleh gubal semula kot tarikh ni dan fokuskan 3 Disember untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang golongan OKU. Min ingatkan Hari Batik Malaysia setiap hari Khamis, bukan eh?

Sumber: Coconuts.co, Twitter

 

Baca: “Dah ada standard sendiri” – Filem Pendek Animasi 2D ‘Batik Girl’ Menang Pelbagai Anugerah Antarabangsa

Screenshot 2021 12 02 At 2.14.31 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.