in

“Dah ada standard sendiri” – Filem Pendek Animasi 2D ‘Batik Girl’ Menang Pelbagai Anugerah Antarabangsa

Batikgirl3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya animasi kita boleh dikatakan dah another level! Buktinya kita dapat lihat kejayaan Upin & Ipin yang dah tercalon dalam Oscar, dan animasi lain seperi Ejen Ali, Boboiboy pun dah setaraf Hollywood.


Terbaru ini pula, filem pendek animasi 2D Batik Girl yang menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa!

 

Dianugerahkan pingat emas bagi kategori serantau

Filem animasi terbitan R&D studio yang berdurasi 9 minit ini menceritakan pengembaraan ajaib seorang kanak-kanak perempuan dalam dunia lukisan batik ketika menghadapi pergelutan akibat satu tragedi yang menimpanya.

Menurut pengarah dan rakan kongsi The R&D Studio, Irwan Junaidy, mereka ingin menekankan sebuah kisah di Malaysia secara khususnya berlandaskan batik. Lapor Sinar Harian.

525004
Sumber : sinar harian

“Emosi utama yang diketengahkan di dalam filem ini adalah hubungan erat yang dapat dilihat antara seorang nenek dan cucunya,”

Menurutnya, Batik Girl adalah usaha bersama beberapa pihak iaitu The R&D Studio, Heidi Shamsuddin selaku penulis cerita, Tudidut Studio untuk proses menganimasikan watak dan Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara untuk komposisi muzik.

34635612 2167833023451095 5331468218785595392 O
Sumber: therakyatpost

Filem animasi pendek ini juga mencipta rekod apabila ditayangkan di 26 festival filem di seluruh dunia dan berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk anugerah Filem Animasi Pendek terbaik Festival de Largos y Cortos de Santiago di Chile dan anugerah Honorable Mention in Audience Favourite di Florida.

525007
Sumber : sinar harian

“Ia juga dianugerahkan pingat emas bagi kategori serantau di Digicon6 Asia ke-20 malah Prof Richard William Allen seorang juri di Digicon 6 Asia menggambarkan Batik Girl sebagai sebuah filem pendek animasi fantasi indah yang ditonjolkan melalui reka bentuk karakter dan mainan warna yang harmoni serta imaginasi kreatif,”

Ramai netizen yang bangga bila melihat penghasilan hasil orang tempatan ini.

 

Dah ada standard sendiri – Netizen

Batikgirl Batikgirl2

 

Baca : “Tahniah! world class” – Filem Animasi Tempatan Upin & Ipin Tercalon Dalam Oscars 2020

Upinipin

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.