in

“Itu bukan niat saya , percayalah” – Vivy Yusof Mohon Maaf, Ceritakan Perkara Sebenar

Vivy5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam,, kata-kata Vivy Yusof yang dikatakan ‘menyokong’ golongan miskin boleh berubah jadi kaya itu telah mengundang kecaman hebat netizen sehinggakan namanya trending dekat Twitter awal hari ini.


Vivy

Tak henti-henti namanya dan usahawan Aleeya Zailan menjadi buah mulut netizen sebagai bahan kecaman berikutan dengan tindakan kerajaan yang ingin membantu golongan B40 ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ekoran dengan penularan Covid-19 yang kian membimbangkan di negara kita.

Susulan itu Vivy Yusof tampil memberikan keterangan terhadap kenyataan terbuka menerusi ruangan komen itu.

 

Saya tak sokong pun ayat pertama tu” – Vivy Yusof

Kata Vivy, ayat yang dikatakan itu telah disalah ertikan, kenyataan exactly itu bukanlah menyokong golongan miskin boleh jadi kaya, tetapi menyokong kata-kata usahawan yang terpaksa menghentikan perniagaan mereka dan memberhentikan staff memandangkan dirinya sendiri sebagai seorang usahawan.

Boleh baca posting sebelum ini kalau nak tahu cerita penuh. Kenyataan itu dijelaskan menerusi IG Story miliknya.

Img 4287

Tak terlintas di fikirannya untuk mengecam golongan B40 yang mendapatkan bantuan, katanya lagi semenjak PKP dijalankan, dia sendiri ada menghulurkan bantuan kepada golongan ini.

Disebabkan kecaman hebat itu, Vivy Yusof tampil memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan kenyataannya itu.

 

Saya minta maaf atas tindakan saya, percayalah saya tak ada niat sama sekali” – Vivy Yusof

View this post on Instagram

Sorry, everyone. ?❤

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Tambahnya lagi, Vivy juga sangat mengambil berat terhadap golongan B40. Biarpun kenyataannya itu telah diberikan secara terbuka, masih ada golongan netizen yang bersikap sinis terhadapnya di alam maya.

Namun ada juga yang faham dengan pendapatnya dan ayat yang telah disalah tafsirkan.

 

Baca : Vivy Yusof Dikecam Kerana Setuju Kenyataan Berbaur Menghina Golongan Miskin Ketika Covid-19?

Vy

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.