Isu Wanita Angkut ‘Oven’ Dari Mydin Mart Masa Banjir, Ini Rupanya Yang Terjadi

Tambah ke Sumber Pilihan
Isu Wanita Angkut ‘Oven’ Dari Mydin Mart Masa Banjir, Ini Rupanya Yang Terjadi

“Buat apalah saya nak ambil oven, dekat rumah pun dah ada. Kotak tu dalamnya makanan untuk anak saya kat rumah dah tiga hari tak makan.”

Begitulah penjelasan seorang wanita susulan tular satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita membawa keluar sebuah kotak yang didakwa berisi oven dari sebuah pasar raya semasa banjir yang melanda negara hujung minggu lalu.


Angkut Oven E1640481864720

Menerusi video terbabit, wanita dan lelaki yang didakwa mengambil kotak berisi oven dari sebuah pasar raya ternyata hanyalah menggunakan kotak perkakas terbabit untuk mengambil makanan seperti biskut dan sardin. Tiada oven pun di dalam kotak terbabit seperti yang didakwa netizen.

Korang boleh tengok video penjelasan akak tu kat bawah ni:

“Saya juga minta maaf sebab buat ramai salah sangka” – mangsa

Lapor portal Redaksi, wanita dalam video tular terbabit sebenarnya adalah salah seorang mangsa yang terjejas dek banjir besar yang melanda baru-baru ini. Jelasnya, dia hanya menggunakan kotak terbabit dan mengisinya dengan makanan seperti biskut dan sardin untuk santapan anaknya yang dikatakan sudah tiga hari tidak makan.

Bagaimanapun, wanita terbabit turut meminta maaf kerana mengakibatkan salah faham timbul akibat tindakannya.

Setakat artikel ini ditulis, video penjelasan wanita terbabit sudah meraih leih 200 ribu tontonan dan rata-rata netizen turut bersimpati malah, ada juga yang meminta maaf kerana sudah tersalah sangka.

Sumber: Redaksi

Baca: Nabila Huda Bengang Wanita Rembat Barang Bantuan Banjir, Salurkan Semula Tapi ‘Claim’ Sumbangan Sendiri?

F3 Curi Barang E1640480779592

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aira Sahira
Lagi tulisan Aira
Seorang yang imaginatif dan gemar menulis. Sukakan haiwan dan anime. Lebih menggemari genre seram walaupun masih tutup mata bila hantu muncul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Isu Wanita Angkut ‘Oven’ Dari Mydin Mart Masa Banjir, Ini Rupanya Yang Terjadi
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/isu-wanita-angkut-oven-dari-mydin-mart-masa-banjir-ini-rupanya-yang-terjadi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM