in

MYDIN Cipta Sejarah, Rangkul Rekod Kolam Berputar Terbesar Di Malaysia

Ana Sr 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar negara, MYDIN sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila berjaya melakar sejarah tersendiri dan dinobatkan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penghasilan ‘Kolam Berputar Terbesar’ (The Largest Rotating Kolam).

Bukan biasa-biasa, ini merupakan kolam berputar pertama yang pernah diperkenalkan di Malaysia! 


Langkah berani ini membuktikan komitmen padu MYDIN dalam mengangkat tradisi budaya tempatan menerusi gabungan kreativiti dan inovasi moden agar pengunjung dapat menikmati pengalaman perayaan yang jauh lebih segar.

Gabungan Seni Tradisional Dengan Sentuhan Moden

Deepavali Mydin

Lebih mengagumkan, karya seni gergasi ini berukuran 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar dengan rekaan unik berbentuk roda yang boleh berputar.

Gabungan tona warna cerah, corak geometri rumit, serta sentuhan seni tradisional India yang sangat halus berjaya mengubah kolam lantai biasa menjadi satu arca moden yang hidup dan cukup memukau sesiapa saja yang memandang.

MYDIN dalam kenyataan berkata, usaha kreatif ini bukan sekadar mengejar rekod, sebaliknya bermatlamat untuk memelihara seni tradisi agar terus dihargai dan relevan di mata generasi muda. 

“Pengiktirafan berprestij MBOR ini secara langsung memperkukuh peranan MYDIN dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum serta menjadikan sambutan perayaan di negara kita jauh lebih meriah dan bermakna.”

Sumber: Siaran Media Mydin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.